Modifikasi

HAN FAST & FURIOUS RESTOMOD NISSAN 240Z!

Seorang bintang filem francais popular Fast and Furious akan membina sebuah kereta klasik Nissan 240Z.

Proses menyiapkan jentera itu bakal dipaparkan dalam lima bahagian dokumentari webseries bertajuk Z Dream terbitan Fox Sports.

Han atau nama sebenarnya Sung Kang memilih Nissan 240Z kerana beliau merasakan ada kaitan dengan kereta tersebut. Harus tahu bahawa Han ialah seorang peminat tegar Porsche.

Han-Fast-Furious-Nissan-240Z-mekanika (1)

Selepas mencari, Han terjumpa sebuah 240Z berwarna coklat yang mahu dijual.

“Membina kereta ini adalah alasan untuk berkumpul bersama kawan-kawan lelaki. Sangat susah kerana kami tidak main golf, jadi kenapa tidak bina sebuah kereta bersama-sama.

Han-Fast-Furious-Nissan-240Z-mekanika (7)

“Apabila Paul Walker meninggal dunia, saya sedar bahawa hidup ini sangat pendek. Jadi, buat sahaja apa yang saya impikan. Melalui kereta ini, saya boleh mencipta memori baru dan berkongsi dengan rakan-rakan saya,” jelas Han.

Han-Fast-Furious-Nissan-240Z-mekanika (8)

Jentera yang diberi nama FuguZ itu akan dipamerkan pada acara SEMA Auto Show di Las Vegas, November depan.

Google ads
Back to top button