Artikel Pilihan

HANYA 2% PEMBELI TESLA FULL SELF DRIVING MELANGGAN SELEPAS PERCUBAAN PERCUMA

Berdasarkan data kad kredit, hanya 2% sahaja pemilik Tesla yang telah mencuba Full Self Driving selama sebulan memilih untuk membeli pakej tersebut atau melanggannya dengan bayaran bulanan. Bermula dari bulan Mac 2024, semua kenderaan Tesla akan dibekalkan dengan FSD percubaan selama sebulan

Pada masa yang sama bagi memujuk bakal pembeli sistem FSD, Tesla telah menurunkan harga pakej daripada 12,000 USD kepada 8,000 USD (RM 37,327) dan hal ini bertentangan dengan apa yang ditekankan oleh Musk yang menegaskan bahawa harga FSD akan dinaikkan kerana ia bertambah bagus.

Bagi sistem FSD generasi ke 12, ciri sistem ini telah ditambah baik, diberikan percuma selama sebulan bagi menarik perhatian pengguna dan harga telah diturunkan. Namun data daripada dapatan pembelian kad kredit mendapati strategi tersebut masih lagi gagal

Daripada 3500 pembeli Tesla yang mencuba FSD secara percuma, hanya 50 (sekitar 2%) sahaja memilih untuk membeli pakej penuh ataupun melanggan dengan harga 90USD sebulan. Ada pembeli Tesla menyatakan sistem FSD tidak sepatutnya berharga 12,000 USD.

Malah selepas diskaun 4000USD, ia masih lagi mahal bagi ciri pemanduan level 2 yang perlu diawasi sepanjang masa dengan mata dan juga tangan pada roda stering. FSD generasi 12 akan menghadkan leajuan kereta pada kawasan tertentu namun ia masih lagi melakukan kesilapan menjadikan pemanduan di bandar lebih “penat” dan lebih baik sistem ini tidak digunakan langsung.

Google ads
Back to top button