;
Artikel PilihanBuletin

HANYA DUA ORANG SAHAJA YANG BAYAR SAMAN KAMERA AWAS

Pada 1 September tahun lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambilalih hak operasi dan penyelenggaraan kamera automatik AES yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai AWAS (Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik)

Kamera ini dipasangkan di kebanyakan lebuhraya utama dalam negara dan sejak implimentasinya, undang-undang berjaya dilaksanakan dengan elbih baik. Di kawasan kamera ini dipasangkan, majoriti kenderaan akan bergerak perlahan.

Pun begitu, masih ada yang melanggar hadlaju yang ditetapkan. Hukumannya sudah tentu saman.

Ini pula statistik yang dikeluarkan oleh JPJ Terengganu di mana Pengarah JPJ negeri Zulkarnain Mat Yasin memberitahu, sepanjang tempoh bulan September 2018 hingga awal bulan ini, hanya dua orang sahaja yang hadir untuk membayar saman AWAS.

Jumlah keseluruhan saman yang dikeluarkan ialah 4,722 yang diperolehi menerusi rakaman kesalahan oleh Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang dipasang di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) di Terengganu.

“Pesalah yang tidak emmbayar saman tersebut akan disenaraihitamkan dari memperbaharui lesen memandu,” katanya.

KREDIT: HARIAN METRO

Tags
Google ads
Back to top button