BOSCH Mrec – Desktop
Artikel Pilihan

JET BUATAN JEPUN PERTAMA SELEPAS 50-TAHUN SEDIA BERSAING DENGAN BOEING DAN AIRBUS

SHARE

Selepas beberapa kali ditangguhkan , jet baru buatan Jepun yang mampu membawa 88-penumpang kini bersedia untuk menghubungkan bandar-bandar di Asia dan Eropah dengan lebih efisyen. Ia juga mencipta sejarah baru dalam rangkaian pengangkutan udara dunia.

Mitsubishi Regional Jet (MRJ) merupakan sebuah pesawat udara pertama yang dihasilkan di Jepun sejak tahun 60-an dan ia telah memulakan penerbangan untuk memperolehi sijil pengiktirafan sejak dari bulan lepas di Moses Lake, Washington.

Pesawat baru keluaran Mitsubishi Heavy Industries ini mula melakukan ujian penerbangan ketika pesaing lain mula menjual operasi pembuatan sebelum ini dan meneroka pasaran pesawat 160-tempat duduk. Ini memang peluang untuk MRJ kerana peluang mereka untuk memasarkan produk terbuka dengan lebih luas.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

MRJ mempunyai jarak penerbangan 3,219 km manakala varian yang lebih kecil mampu membawa 76-penumpang tetapi dalam jarak yang hampir sama.

Mitsubishi Heavy Industries  sudah lama menjadi pembekal komponen untuk Boeing dan mereka membangunkan MRJ untuk membuktikan keupayaan mereka. Selepas membelanjakan sekurang-kurangnya 2 billion USD selama lebih sedekad kini mereka berada dalam fasa terakhir sebelum serahan pertama dilakukan kepada ANA Holdings.

Rancangan asal ialah untuk memulakan penerbangan MRJ pada tahun 2012 tetapi tarikh tersebut jauh tersasar kerana masalah pada peringkat produksi. Syarikat tersebut yang juga merupakan pengeluar kapal, stesen janakuasa nuklear dan pelbagai komponen aeroangkasa menjangkakan pesawat ini akan bersedia dihantar kepada pelanggan pada tahun hadapan. Cabaran yang sangat besar untuk syarikat dan diakui sendiri oleh CEO Mitsubishi Aircraft, Hisakazu Mizutani.

Setakat ini 407 tempahan telah diterima untuk MRJ tetapi ia masih belum mencukupi untuk Mitsibishi Heavy Industries membuat keuntungan. Mereka tidak boleh berharap kepada pasaran Asia semata-mata tetapi mesti mengembangkan pasaran ke benua Amerika di mana syarikat penerbangan besar sedang mengurangkan kos untuk penerbangan jarak dekat dengan menggunakan pesawat bersaiz kecil.   

Tags
Google ads
Back to top button