BOSCH Mrec – Desktop
Artikel PilihanBuletin

LELAKI TERPANTAS DI BUMI LANCARKAN SEBUAH KERETA BARU

SHARE

Pemenang pingat emas Olimpik sembilan kali dan lelaki terpantas di dunia, Usain Bolt, menjelajah dunia kereta elektrik. Beliau kini menjadi duta sebuah syarikat EV baru bernama Bolt yang berpangkalan di Florida, yang mana beliau sama-sama tubuhkan pada tahun 2018.

Bekas pelari Olimpik telah menggunakan namanya sendiri dengan pelancaran Bolt One, Bolt Chariot, dan Bolt Chariot skuter elektrik, dan sekarang syarikat itu telah melancarkan kereta elektrik elektrik pertamanya di pameran VivaTech di Paris, Perancis.

Ia dipanggil Nano, dan ia kelihatan seperti sebuah kenderaan urban dua tempat duduk yang mirip Renault Twizy dengan ruang satu di depan dan satu di belakang. Bolt mendakwa Nano sangat kecil sehingga empat buah kereta ini boleh dimuatkan dalam kotak parkir kereta biasa.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Skuter Bolt sebelum ini direka untuk perjalanan sehingga 3.3 kilometer sementara kereta Nano ini pula untuk perjalanan antara 3.3 hingga 25 kilometer. Tiada spesifikasi teknikal telah dikeluarkan lagi, tetapi Bolt mendakwa Nano adalah kereta mikro elektrik pertama di dunia untuk menggunakan bateri yang boleh ditukar.

Bolt berkata Nano juga akan berguna untuk program perkongsian perjalanan. Seperti program e-skuter dan basikal yang terdapat di seluruh dunia. Pengguna boleh meletak kereta dan meninggalkan Nano di mana sahaja mereka mahu. Kakitangan penyelenggaraan kemudiannya akan menggantikan bateri Nano, memastikan ia dicas sepenuhnya untuk pengguna seterusnya. Satu siri stesen pengecasan juga akan dibina untuk Nano di mana ia boleh dicas dan diparkir.

“Bolt telah menjalankan penyelidikan yang luas di kawasan bandar dan bersedia untuk merevolusikan pengangkutan. Kami percaya bahawa kami boleh menyediakan skuter yang membantu dalam mengurangkan masalah transit termasuk kesesakan lalu lintas yang tidak memberi kesan kepada keselesaan pejalan kaki,” kata laman web Bolt.

Harga untuk Bolt Nano bermula pada hanya US$9,999 (RM41,755), dengan penghantaran pelanggan yang dijangka tiba pada tahun 2020. Tempahan telah dibuka dengan deposit $999 (RM4175)

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button