
HANYA SISTEM LEXUS TEAMMATE LULUS UJIAN IIHS. POWER BETUL
Kebanyakan kenderaan moden akan menggunakan sistem ADAS bagi memastikan kereta dipandu dalam lorong, boleh membrek kecemasan dengan baik dan menyediakan ciri pemanduan automatik tahap 2 bagi membantu pemandu mengurangkan keletihan untuk pemanduan jarak jauh.
Tapi pada masa yang sama, ciri ADAS ini juga menyediakan satu lagi ciri tambahan yang dinamakan sebagai Driver Attention Alert (Driver Monitoring System) bagi memastikan pemandu tidak mengantuk atau tidak menumpukan perhatian pada pemanduan dan terlalu bergantung kepada sistem ADAS.
Menurut kajian IIHS, hanya sistem yang ditawarkan oleh Lexus mampu beroperasi dengan baik berbanding dengan jenama kenderaan lain. IIHS telah menguji 14 buah kenderaan berlainan jenama tetapi hanya sistem Lexus Teammate yang diuji pada Lexus LS menerima penarafan “Acceptable”, 2 jenama menerima “Marginal (cukup markah untuk lulus)” dan 11 buah lagi menerima penarafan “Poor”.
Presiden IIHS iaitu David Harkey mengatakan jenama BMW, Ford, General Motors, Genesis, Lexus, Mercedes-Benz, Nissan, Tesla dan Volvo telah diuji dan didapati sistem pemerhatian pemandu gagal menghalang pemandu daripada menyalahgunakan sistem ADAS & menyebabkan pemandu hilang fokus semasa memandu
Sesetengah sistem gagal mengenalpasti pemandu tidak memerhatikan jalan, tidak memberi amaran yang cukup berkesan kepada pemandu dan ada yang gagal memberikan amaran terus pada pemandu. Malah ada yang membenarkan pemandu menanggalkan tali pinggang keledar semasa sistem ADAS sedang beroperasi
Menurut IIHS, apabila pemandu tidak menghiraukan amaran semasa sistem ADAS aktif, prosedur kecemasan patut diaktifkan seperti kereta diperlahankan selepas amaran dibunyikan selama 35 saat. Jika pemandu masih tidak memberi respon, sistem ADAS patut menghubungi pusat kecemasan dan menghalang kereta daripada dihidupkan semula
Secara teori, jika pemandu telah membiarkan semua amaran ini bermakna mereka telah cedera, dalam kecemasan atau pengsan. Hanya GM Super Cruise sahaja yang memiliki semua SOP di atas. Sesetengah pemandu merasakan semua sistem ini menjadikan pemanduan semakin mudah, namun sikap pemandu yang mengambil mudah menjadikan pemandu masih berisiko untuk terlibat dalam kemalangan.
Sistem Lexus Teammate merupakan sistem yang bertindak dalam semua perimeter yang digariskan oleh IIHS, tetapi ia bukan bermakna sistem ini adalah sistem yang terbaik bagi memantau aktiviti pemandu semasa ADAS digunakan

