Buletin

HAP SENG BUKA KUCHING AUTOHAUS – LIBATKAN PELABURAN RM53 JUTA

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) bersama pengedar rasminya, Hap Seng semalam merasmikan pembukaan  pusat 3S di Malaysia Timur, Hap Seng Kuching Autohaus.

Kemudahan itu menjadi bukti komitmen MBM untuk menawarkan kenderaan, kualiti servis dan perkhidmatan selepas jualan dan ekstensif kepada pelanggan di Kuching, Sarawak.

Memiliki keluasan 18,383 kaki persegi dan dilengkapi ciri identiti korporat Mercedes-Benz Presentation System II, Kuching Autohaus melibatkan pelaburan sebanyak RM53 juta.

Menurut Hap Seng, pusat 3S itu terletak di tengah-tengah bandar Kuching dan dapat memenuhi keperluan pelanggan daripada golongan industri dan perniagaan tempatan.

Diuruskan oleh 40 kakitangan yang mahir dalam aspek jualan, teknikal servis dan alat ganti, ia mampu menyelenggara sehingga 510 kenderaan sebulan menerusi 16 ruang penyelenggaraan serta ruang mengecat.

Ia juga memiliki kemudahan penuh untuk menyelenggara kenderaan komersial Mercedes-Benz dan FUSO.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner menyatakan bahawa Sarawak adalah pasaran penting untuk kenderaan komersial Mercedes-Benz. Selain menjadi pasaran keempat terbesar untuk MBM selepas Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

MBM mahu terus menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan menjadi peneraju segmen automotif premium di Malaysia.

“Sehingga kin, Hap Seng sudah beroperasi di 11 lokasi termasuklah di Bukit Tinggi, Balakong, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh, Kinrara, Klang, Ipoh dan Kuantan di Semenanjung Malaysia.

“Di Malaysia Timur pula, Hap Seng beroperasi di Kuching, Miri (Sarawak) dan Kota Kinabalu, Sabah,” jelas Weidner.

Google ads
Back to top button