Buletin

LEXUS LC 500 SUDAH BOLEH DITEMPAH – RM940K!

Lexus Malaysia semalam mengumumkan bahawa tempahan bagi model baharu Lexus LC 500 sudah dibuka.

Jentera premium yang pertama kali muncul pada acara North American International Motor Show 2016 itu kini dikatakan menerima permintaan yang sangat tinggi.

Buktinya, selepas dilancarkan di Jepun, jumlah tempahan yang diterima bersamaan dengan sasaran jualan untuk tiga tahun.

Sebagaimana yang boleh anda lihat, Lexus LC 500 tampil dengan reka bentuk agresif dan dramatik. Lexus LC 500 yang diinspirasikan daripada model konsep LF-LC itu dijana oleh enjin V8 berkapasiti 5.0 liter.

Ia mampu menjana kuasa maksimum 470hp dan tork mencecah 398Nm pada 4,800rpm. Lexus LC 500 berupaya memecut dari 0-100km/j dalam tempoh 4.4 saat dan mencatatkan kelajuan maksimum 270km/j.

Jentera itu dibina di Motomachi, Jepun, kilang sama yang menghasilkan supercar LFA pada tahun 2011 dan 2013.

Harganya? Lexus LC 500 boleh anda milki pada harga RM940,000 di atas jalan tidak termasuk insurans.

Diimport oleh Lexus Malaysia, ia hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Pelanggan juga akan menerima penyelenggaraan percuma di pusat servis sah Lexus selama lima tahun.

BACA: KENAPA KERETA MODEN SEMAKIN BANYAK GEAR? (LEXUS BARU INI ADA TRANSMISI 10 KELAJUAN)

Google ads
Back to top button