
HARGA KIA PICANTO SERBA BAHARU
Naza Kia Malaysia telah mengumumkan harga untuk model terkininya, Kia Picanto serba baharu. Picanto yang dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 1.2 liter didatangkan dalam pilihan transmisi automatik dan manual.
Harga Picanto adalah seperti berikut:
Picanto 1.2L MT: RM54,888 (Semenanjung Malaysia)
Picanto 1.2L AT: RM59,888 (Semenanjung Malaysia)
Picanto 1.2L MT: RM56,888 (Kuching) , RM57,388 (Miri)
Picanto 1.2L MT: RM57,888 (Sabah)
Picanto 1.2L AT: RM61,888 (Kuching), RM62,388 (Miri)
Picanto 1.2L AT: RM62,888 (Sabah)
* Harga di atas jalan dengan insurans
Model kompak ini disasarkan kepada para pelanggan yang mahukan sebuah kereta bandar dengan harga berpatutan. Ia bukan sahaja menjimatkan minyak, malah hadir dengan pelbagai ciri menarik.
“Picanto baharu ditawarkan pada harga cukup kompetitif berbanding kenderaan lain dalam segmen yang sama. Picanto didatangkan dengan banyak ciri pertama dalam kelasnya. Pendek kata, pembeli membayar harga sebuah kereta segmen A, tetapi mendapat nilai sebuah kereta segmen C,” kata Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar.
Penampilan jentera ini memang menarik perhatian. Maka tidak hairanlah jika ia menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti anugerah iF Product Design dan Red Dot.
Picanto merupakan kereta segmen A pertama dalam kelasnya yang dilengkapi lampu utama jenis projektor bersama lampu DRL, lampu kombinasi LED di bahagian belakang, enam beg udara, empat brek cakera, Vehicle Stability Management (VSM), Electronic Stability Control (ESC) and Hill-Start Assist Control (HAC) dan banyak lagi.
Ia juga tampil dengan warna-warna candy yang comel seperti hijau, merah, biru, hitam, perak dan putih. Sudah dibuka untuk tempahan, Picanto hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Bagi yang berminat, Picanto boleh dilihat secara dekat di semua bilik pameran Kia di seluruh negara.
Lebih menarik lagi, 1,000 orang pelanggan yang menempah atau mendaftar Picanto mereka sebelum akhir bulan ini layak menerima nombor plat IM4U yang eksklusif.
[hr] Galeri