Buletin

NAZA KIA PERKENAL KIA RIO KE PASARAN MALAYSIA TIMUR 

Meneruskan momentumnya di tahun 2017, Naza Kia Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Kia Rio serba baharu ke pasaran Malaysia Timur, bermula di Kuching Sarawak. Meneruskan identiti jenama Kia, pengenalan Rio yang sudah memasuki generasi keempat itu kini tampil dengan rekaan dan pelagai ciri yang lebih menarik. 

“Rio menawarkan pelanggan dengan sebuah produk yang seimbang untuk kegunaan harian bersama reka bentuk menarik dan penjimatan bahan api,” kata Ketua Syarikat Naza Kia Malaysia, Nazman S. H. C. Yusof. 

Kenderaan Kia terutama SUV di pasaran Malaysia Timur dilihat semakin popular. Justeru, Kuching dijadikan sebagai lokasi pertama untuk mengukuhkan lagi posisi Kia di sana. 

BACA: KIA RIO GEN-4 – RM79,888 SERVIS PERCUMA 3 KALI UNTUK 50 PELANGGAN PERTAMA

Rio dikuasakan oleh enjin 1.4 MPI DOHC dengan D-CVVT. Dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan automatik, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 100PS dan tork 133Nm pada hanya 4,000rpm. 

Jentera kompak ini juga hadir dengan sistem keselamatan yang impresif. Ini termasuklah enam beg udara, ISOFIX, ciri kunci pintu berdasarkan kelajuan, ABS, ESC HAC dan banyak lagi. Rio didatangkan dalam empat warna menarik iaitu putih, merah, biru dan perak. Ia kini sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Kia di seluruh negara. 

Selain daripada Rio, Naza Kia Malaysia turut memperkenalkan model-model SUV seperti Sorento HS Turbo Diesel dan Sportage GT Turbo Diesel yang telah dilancarkan ke pasaran tempatan pada April lalu.

Kedua-dua buah SUV itu dijana oleh enjin 2.2 CRDi (Common Rail Direct Injection) dan 2.0 AWD GT CRDi yang mampu menghasilkan kuasa tork mencecah 440Nm dan 400Nm. Ia juga menawarkan penjimatan bahan api sehingga 1,000km untuk satu tangki penuh. 

Sorento HS Turbo Diesel hadir dalam warna putih, hitam perak. Manakala Sportage GT Turbo Diesel pula boleh didapati dalam warna biru, merah, putih mutiara dan perak. Kedua-dua model ini didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. 

Sempena sambutan kemerdekaan yang ke-60, Naza Kia Malaysia menganjurkan jualan Merdeka istimewa sepanjang Ogos untuk model KIA Sportage GT dan  dengan beberapa tawaran tambahan. 

Setiap pembelian KIA Sportage GT (RM126,388) atau KIA Cerato 1.6 SX (RM88,888) pula akan menerima kelebihan ini:

  • Servis Percuma selama 3 tahun – termasuk alat ganti dan kos buruh
  • Akses ke Sky Lounge – Akses eksklusif bersama seorang tetamu secara percuma ke kemudahan premium di Subang Skypark.
  • Jaminan selama 5 tahun – Pengalaman pemilikan yang menyenangkan tanpa had perbatuan.

Tawaran Merdeka ini hanya untuk tempoh terhad sahaja mulai sekarang hingga 31 Ogos 2017 di semua bilik pameran Naza Kia, sehingga stok masih ada. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button