Buletin

PESAING BAHARU SEGMEN-B DARI KOREA

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia memperkenalkan Kia Rio Sedan ke pasaran tempatan.

KIA-RIO-SEDAN-MEKANIKA3

Pertama kali didedahkan pada ASEAN Auto Show 2015, Rio Sedan akan bersaing dalam pasaran segmen-B bersama Toyota Vios, Nissan Almera dan Honda City.

Seiring dengan identiti jenama, kehadiran Rio Sedan mensasarkan pasaran pembeli yang muda dan trendy.

KIA-RIO-SEDAN-MEKANIKA1

“Rio secara konsisten menjadi kenderaan terlaris nombor satu global dengan rekod lebih 2,000,000 unit kenderaan yang dijual sejak diperkenalkan dan ia tidak berbeza di Malaysia.

“Reka bentuk moden menarik, ciri keselamatan impresif dan penggunaan ruang yang pintar adalah penyumbang kepada kejayaannya,”  kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotive Group, Naza Corporation Holdings, Datuk Samson Anand George.

Kia-Rio-Sedan-mekanika (8)

Pihak Naza Kia mensasarkan jualan 1,403 unit Rio Sedan. Sekaligus menjadi penyumbang signifikan prestasi jualan Naza Kia Malaysia 2016 dengan total jualan 6,107 unit.

Model Rio Sedan menawarkan rekaan Eropah sporty dan cekap bahan api. Bagi memberikan imej yang lebih kukuh dan lebar, bahagian hadapan dipadankan dengan gril Tiger Nose. Rekaan signatur bagi model Kia.

Kia-Rio-Sedan-mekanika (9)

Lampu kabus bersama lampu nyalaan siang hari jenis mentol  serta  lampu projektor menyerlahkan imej agresif. Selain jarak penglihatan optimum.

Pada bahagian kabin, kemasan berkualiti tinggi diketengahkan. Pemilik Rio Sedan akan menerima stereng teleskopik dan boleh condong bersama butang kawalan audio, sambungan Bluetooth serta sistem  audio yang disambung dengan enam pembesar suara dan tweeter .

Ciri berkenaan turut didatangkan dengan Head unit bersama sambungan radio, CDP, MP3, RDS, AUX dan USB. Di samping memori simpanan 800 MB.

Kia-Rio-Sedan-mekanika (12)

Ciri lain termasuklah  trip komputer, immobilizer  dan rim aloi 15 inci dengan tayar simpanan bersaiz penuh. Lebih menarik, dengan lipatan  kerusi belakang 60:40 dapat menyumbang kepada ruang tambahan sebanyak 35 peratus.

Sedan ini dipacu oleh unit enjin bersesaran 1.4 liter. Kuasa maksimum 109PS dan tork 137Nm enjin itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik empat kelajuan.

Kia-Rio-Sedan-mekanika (4)Kecemerlangan tahap pengendalian diserahkan kepada suspensi hadapan topang Macpherson dan torsion beam axle di belakang.

Dari segi keselamatan, model pemasangan tempatan ini dilengkapi enam beg udara, brek cakera pada keempat-empat roda, sistem, brek ABS, Eelectronic Stability Control (ESC), Vehicle Stability Management (VSM) dan Hill-Start Assist Control (HAC).

Kia-Rio-Sedan-mekanika (1)

Ditawarkan dengan warna merah, perak, biru dan putih, harga Rio Sedan ialah RM72,888 seunit.

Rio Sedan didatangkan dengan waranti lima tahun bersama perbatuan tanpa had (mengikut terma dan syarat).

Untuk melihat dengan lebih dekat model tersebut, kunjungi Karnival Tahun Baru Cina Kia di Kia PJ Red Cube bermula esok sehingga Ahad ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button