Artikel PilihanBuletin

MMC PERKENAL 3 MODEL KONSEP

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) akan memperkenalkan tiga model konsep pada Tokyo Motor Show 2013 (TMS 2013). Sudah memasuki edisi ke-43, TMS 2013 dijadual berlangsung pada hujung bulan ini di Tokyo Big Sight, Tokyo, Jepun. 

eye

Ketiga-tiga model konsep ini mengetengahkan teknologi generasi akan datang termaju ciptaan MMC iaitu @earth TECHNOLOGY. Jentera tersebut juga menampilkan identiti reka bentuk terbaharu yang memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan kefungsian sebuah SUV.

lineup_car01_main

Mitsubishi Concept GC-PHEV merupakan SUV bersaiz penuh yang menggunakan sistem PHEV (plug-in hybrid electric vehicle) berkuasa tinggi. Model grand cruiser itu menawarkan pemanduan dinamik dan mesra alam.

Ia dipasang dengan sistem kawalan dinamik pemanduan kenderaan bersepadu yang dikenali sebagai AWC (Super All Wheel Control). Di samping memiliki teknologi keselamatan dan sistem ketersambungan tanpa wayar.

slider dlm (2)

Mitsubishi Concept XR-PHEV pula sebuah SUV kompak yang juga dijana oleh sistem PHEV. Dibina menggunakan kerangka ringan, ia dikatakan amat mesra alam.

slider dlm (1)

Dikategorikan sebagai kenderaan Active Runabout, Mitsubishi Concept AR ialah sebuah MPV kompak yang mampu enawarkan pengendalian seperti SUV. Jentera ini dijana oleh unit enjin pancitan terus dengan sistem pengecas turbo.

Selain tiga model konsep ini, MMC dilaporkan bakal mempamerkan 17 model keluarannya. Antaranya termasuklah model wagon mini eK Space dan beberapa model sedia ada.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button