Buletin

HARGA MINYAK RON97, RON 95 KEKAL. DIESEL NAIK 1 SEN. 1 – 7 OGOS 2020

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.68 dan RM1.98 seliter, sementara harga runcit diesel meningkat satu sen kepada RM1.83 seliter,  untuk tempoh seminggu mulai, tengah malam ini.

Penetapan harga runcit petrol secara mingguan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Google ads
Back to top button