,
Buletin

TAK CUKUP PEKERJA, HONDA MINTA AKAUNTAN DAN KERANI TOLONG PASANG KERETA

Honda mengesahkan laporan bahawa ia telah menghantar sejumlah kakitangan pejabat ke saluran pemasangan di kilangnya di Ohio. Langkah itu terpaksa dibuat untuk menggantikan pekerja yang dikuarantin selepas didapati positif ujian COVID-19.

“Berikutan permintaan yang kukuh daripada pelangan dan perlu menguruskan produksi dalam tempoh pendemik ini, kami mangalami masalah kekurangan kakitangan.

“Keadaan ini memerlukan sokonngan daripada mereka yang biasanya tidak bekerja di bahagian pengeluaran. Kami pernah mengambil langkah sementara sebelum ini dan sedang berusaha untuk melantik pekerja bagi memenuhi keperluan produksi,” kata jurucakap Honda.

Terdahulu, timbul laporan Honda meminta pekerja yang bertugas di jabatan perakaunan, pembelian atau penyelidikan dan pembangunan untuk bekerja di saluran pengeluaran.   

Pada peringkat awal ia bersifat sukarela, tetapi ramai yang tidak berminat. Jadi, pihak pengurusan terpaksa mengarahkan pekerja ini meninggalkan jabatan mereka buat sementara waktu dan mula belajar memasang kereta.

Sudah tentu menghasilkan kenderaan merupakan satu proses yang rumit. Jadi, tidak dapat bayangkan bagaimana seorang akauntan yang biasa bermain dengan nombor perlu memegang mesin.

Dalam satu emel dalaman, pengurus kilang Mark Willoughby menjelaskan usaha untuk menggaji pekerja kolar biru yang baru memang sukar. Namun dia menganggarkan masalah itu dapat diselesaikan menjelang akhir Ogos depan.

Tags
Google ads
Back to top button