
Buletin
TIGA PERLUMBAAN MOTOGP BATAL MUSIM INI. MALAYSIA, ARGENTINA DAN THAILAND
Kejuaraan MotoGP Malaysia 2020 di Litar Antarabangsa Sepang dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
Dalam satu kenyataan media, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports mengumumkan tiga pusingan perlumbaan MotoGP terpaksa dibatalkan akibat wabak COVID-19.
Tiga lokasi tersebut merupakan di Argentina, Thailand dan Malaysia.
Bagaimanapun, pihak penganjur mengumumkan penambahan pusingan Grand Prix ke dalam kalender FIM MotoGP 2020 selepas pusingan di Grand Premio Motul de la Comunitat Valenciana, iaitu di Eropah pada 20 hingga 22 November untuk menjadi pusingan terakhir musim perlumbaan 2020.
Maklumat lanjut hanya akan diumumkan pada Isnin, 10 Ogos nanti. -motogp