" "
Buletin

HARGA RON 95 & RON97 NAIK 10 SEN LAGI, DIESEL KEKAL RM2.18 SELITER

Harga minyak petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 10 sen mulai esok, 23 Januari 2019. 

Kenaikan harga itu menyaksikan RON95 kini menjadi RM2.08 seliter berbanding RM1.98 sepanjang minggu lalu. 

Manakala RON97 kini pula berharga RM2.38 seliter (minggu lepas RM2.28 seliter).  Diesel kekal pada harga RM2.18 seliter. 

  • harga runcit petrol RON95 naik  10 sen kepada RM2.08 seliter;
  • harga runcit petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.38  seliter; 
  • harga runcit diesel kekal pada harga RM2.18 seliter.

Penetapan harga runcit produk petroleum yang dibuat secara mingguan ini menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM). 

Google ads
Back to top button