Buletin

HARGA RON95 KEKAL RM1.25 SELITER. DIESEL TURUN 3 SEN, RM1.43 SELITER

Harga runcit diesel turun sebanyak 3 sen seliter menjadi RM1.43 seliter. Sementara harga  RON95 dan RON97 kekal seperti minggu lalu iaitu RM1.25 dan RM1.55 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat mengumumkan harga runcit produk petroleum berkenaan berkuat-kuasa mulai tengah malam ini, 18 hingga 24 April 2020.

Harga bahan bakar tersebut dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Google ads
Back to top button