Buletin

TAMAN NEGARA KRUGER TIADA PENGUNJUNG, SINGA LEPAK ATAS JALAN RAYA

Ketiadaan pengunjung yang datang ke Taman Negara Kruger di Cape Town, Afrika Selatan membuatkan sejumlah haiwan liar di sana bebas berkeliaran. 

Jalan raya yang biasanya sibuk dengan pelancong kini dilaporkan sunyi berikutan pihak berkuasa negara tersebut menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19. Ditutup sejak 25 Mac lalu, keadaan yang lengang itu membolehkan singa-singa di sana bebas melepak di atas jalan.

Seorang renjer taman berkanaan, Richard Sowry mengakui ini merupakan satu keadaan luar biasa. Ini kerana singa-singa hanya akan berada di atas jalan raya pada waktu malam sahaja, terutama sepanjang musim sejuk. 

Tetapi sekarang, haiwan buas tersebut mengambil peluang untuk tidur nyenyak di atas jalan raya. Situasi itu terjadi mungkin kerana singa-singa berkenaan rasa selamat kerana tiada kelibat manusia.  

Biarpun taman ditutup, Sowry memberitahu tugas memantau pergerakan haiwan masih dilakukan. Ini bagi memastikan tiada pemburu haram mengambil kesempatan. 

“Saya perlu memantau singa-singa dari jauh kerana haiwan ini biasanya melihat manusia dalam kenderaan. Mereka akan rasa takut jika melihat manusia berjalan kaki, jadi saya kena pantau dari jauh,” katanya. 

Tags
Google ads
Back to top button