Buletin

FERRARI MULA KELUARKAN INJAP DAN KEMASAN MESIN RESPIRATOR

Ferrari dilapor sudah memulakan produksi injap dan kemasan mesin bantuan perafasan (respirator) untuk dipasang pada topeng keselamatan di kilangnya di Maranello. 

Ini merupakan salah satu inisiatif Ferrari dalam menyokong pekerja kesihatan merawat COVID-19. 

Jabatan yang biasanya menghasilkan prototaip kereta itu kini memproduksi komponen termoplastik menggunakan teknologi pengilangan aditif. 

Sejumlah injap itu dibangunkan oleh Mares, pengeluar peralatan menyelam. Komponen itu dibina khas untuk dimuatkan pada topeng, sekali gus dapat membantu pesakit yang mengalami masalah pernafasan. 

Aspek logistik projek berkenaan dikendalikan oleh Nuovamacut Gruppo TeamSystem. Sementara komponen kemasan lain dibekalkan oleh Solid Energy yang mengubah suai topeng menyelam Decathlon dan dipakai oleh pasukan perubatan. 

Dengan koordinasi  pihak Perlindungan Awam Itali, kelengkapan tersebut akan dihantar ke hospital di Bergamo, Genoa, Modena dan bandar Medicina, dekat Bologna.

Tags
Google ads
Back to top button