Pandu Uji

HONDA BR-V – CROSSOVER YANG WAJIB ANDA TUNGGU

Kita kian menghampiri tahun baru 2017 tidak lama lagi. Ketika sektor lain dilihat mula memperlahankan rentaknya, industri automotif sebaliknya terus rancak. Bulan November dan Disember menyaksikan beberapa majlis pelancaran serta sesi pandu uji bakal diadakan. Dengan jangkaan pasaran yang terus mencabar tahun hadapan, setiap pengeluar kenderaan perlu lebih agresif. honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-12 Dalam banyak-banyak pengeluar, Honda boleh dikatakan agak bernasib baik. Produknya terus diterima ramai. Selain daripada model sedan City dan Civic, Honda Malaysia juga boleh menarik nafas lega dengan sambutan hangat ke atas SUV kompaknya, HR-V. Mahu mengekalkan kedudukan sebagai jenama bukan nasional nombor satu di pasaran tempatan, Honda tidak bersikap berpuas hati. Sebaliknya, ia sudah merancang untuk memperkenalkan satu lagi model yang dijangka dapat meneruskan populariti jenama Honda dalam kalangan pengguna di Malaysia. honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-3 BR-V ini adalah jawapan untuk mereka yang mahukan kenderaan berkapasiti tujuh tempat duduk (baca, MPV) bersama gaya rekaan sebuah SUV. Crossover itu merupakan hasil pembangunan bersama pihak R&D Honda Asia Pasifik di Thailand dan Indonesia. BACA: PREBIU DUNIA PROTOTAIP HONDA BR-V BACA: THAILAND PAMER BR-V Ia sememangnya disasarkan untuk pasaran ASEAN. Malaysia akan menjadi negara ketiga yang menerima kenderaan yang sudahpun ditawarkan di kedua-negara berkenaan. Oh ya, India pun ada ditawarkan dengan BR-V. honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-9 BR-V atau nama penuhnya Bold Runabout Vehicle akan menjadi model crossover tujuh tempat duduk pertama ditawarkan oleh Honda Malaysia. Honda Malaysia pernah menawarkan MPV kompak, Freed sejak April 2010 sebelum jualannya ditamatkan kerana kurang mendapat sambutan. Di pasaran Thailand, BR-V hadir dalam dua versi iaitu lima dan tujuh tempat duduk. Honda Malaysia bagaimanapun mengesahkan bahawa ia hanya akan menawarkan versi tujuh tempat duduk bersama beberapa pilihan varian. honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-20 Jadi, bagaimana pengalaman memandunya? Saya bersama sekumpulan media lain telah dijemput untuk memandu uji BR-V di Thailand baru-baru ini. Selepas memandu sejauh hampir 200km dari Bangkok-Ratchaburi-Bangkok melibatkan laluan bandar dan lebuh raya, ia memang sebuah kenderaan yang memiliki pakej lengkap. BR-V dibina di atas platform sama yang membentuk model kompak Brio, sedan Amaze dan MPV Mobilio. Tetapi jangan tertipu, ruang dalamannya cukup luas untuk enam atau tujuh orang penumpang duduk dengan selesa. honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-16 Honda memang bijak dalam memaksimumkan ruang kabin dan kargo menerusi barisan tempat duduk kedua dan ketiga yang boleh dilipat dengan mudah. Apabila kerusi ketiga dilipat, ruang seluas 539 liter sedia untuk digunakan. Penumpang belakang juga tidak dibiarkan kepanasan dengan adanya tiga corong pendingin hawa yang efisien. honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-14 BR-V dikuasakan oleh enjin empat silinder SOHC iVTEC bersesaran 1.5 liter yang sama digunakan pada model City dan Jazz. Berkuasa 120PS dan tork 145Nm, ia kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT yang telah menerima sedikit talaan. Ini bagi disesuaikan dengan karekter sebuah kenderaan yang dinaiki lebih ramai penumpang. Di pasaran seperti India, BR-V ada dipasang dengan enjin diesel dan kotak gear manual. Tetapi, memang tiada harapan rangkaian kuasa itu akan ditawarkan di sini. honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-11 Rangkaian kuasa itu dapat menjalankan tugas dengan cukup baik. Pemandu jarang sekali rasa ia kehilangan kuasa. BR-V rasa ringan biarpun jika dikerah dengan keras, bunyi kotak gear CVT boleh didengar agak ketara dari dalam kabin. honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-15 Tetapi jangan bimbang, kerana Honda Malaysia akan mengambil langkah sewajarnya seperti memasang material penyerap bunyi pada beberapa bahagian crossover ini demi meningkatkan kualiti NVH nya. Aspek keselamatan tidak diambil ringan. BR-V sudahpun menerima piawaian lima bintang oleh ASEAN NCAP. Tentang berapa banyak beg udara, sama ada ia akan dilengkapi VSA, ABS, EBD atau sebagainya, akan saya kongsi sebaik sahaja BR-V dilancarkan kelak. honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-18 Persoalan seterusnya, berapa harga BR-V nanti? Model yang bakal dipasang tempatan (CKD) di kilang Honda Malaysia itu akan diposisikan di bawah HR-V. Jadi, saya anggarkan harga BR-V berada di antara RM90,000 tidak akan melepasi takat RM100,000 seunit. Bagaimana penerimaan pasaran terhadap jentera ini? Sama-sama kita nantikan. Apa pun, saya yakin ramai yang sudah tidak sabar untuk menempahnya. GALERI honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-8honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-1 honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-5 honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-6 honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-7 honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-13 honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-17 honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-19

Google ads
Back to top button