
KAWASAKI INDONESIA LANCAR VERSYS-X 250, HARGA BERMULA RM20,000
Ini mungkin perkara yang tidak ramai orang jangkan akan dilakukan oleh Kawasaki di negara Asia luar Jepun. Hari ini, Kawasaki Motor Indonesia (KMI) dengan rasminya melancarkan Versys X-250 ke pasaran tempatan.
Padahal, motosikal ini baru sahaja didedahkan kepada umum dalam pameran EICMA di Itali beberapa minggu lepas. KMI nampaknya bertindak agresif dengan pengenalan motosikal touring mampu milik jenama Jepun ke pasaran sana.
EICMA 2016: KAWASAKI LANCAR VERSYS 250/300
BENELLI TRK502, TOURING BESAR INI CUMA 500CC!
“Melihat begitu besar permintaan dari peminat setia Kawasaki, KMI membuat keputusan memperkenalkannya segera ke pasaran tempatan,” ujar Michael C Tanady, Timbalan bahagian Pemasaran dan Jualan PT KMI.
Kawasaki Versys-X 250 digerakkan oleh enjin sama dengan model Ninja 250 FI dan Z 250 dengan output kuasa 33.5 kuasa kuda dan tork 27.1 Nm.

Terdapat 2 varian utama yang ditawarkan iaiatu City dan Tourer. Varian City adalah model “asas” tanpa sebarang aksesori sementara varian Tourer pula disasarkan kepada peminat adventur jarak jauh yang siap dengan aksesori.
Model Tourer dilengkapi tongkat tengah, lampu kabus, dan pannier sisi. Kelengkapan mekanikal juga dipersiapkan dengan sistem brek anti-kekunci ABS buatan Bosch.
Pilihan warna untuk varian City ialah skema hijau dan kelabu sementara varian Tourer ditawarkan dengan warna Hijau dan Oren.

Harga jualan juga agak menarik. Model varian City dijual pada harga Rp 62 juta (RM20,300) sementara varian Tourer pula Rp 72.7 juta (RM23,700)
Adakah akan masuk Malaysia dalam masa terdekat? Nah. Itu soalan yang baik. Kami akan menghantar Abang Japar untuk menyiasat dan sebaik maklumat diperolehi, kami akan maklumkan pada anda semua.
kredit









