Buletin

MAZDA MULAKAN PRODUKSI CX-5 BAHARU DI UJINA PLANT JEPUN

Mazda Motor Corporation telah memulakan produksi SUV crossover popularnya, CX-5 di Ujina Plant No. 2 berhampiran ibu pejabatnya di Hiroshima, Jepun kelmarin.

Model baharu itu dijadual ditawarkan kepada pengguna di Jepun pada Februari 2017, sebelum dipasarkan ke pasaran global.

mazda-cx-5-ujina-plant-mekanika-1

CX-5 yang asal mula diproduksi pada November 2011. Ia menjadi model pertama Mazda yang dilengkapi rangkaian penuh teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO—Soul of Motion generasi pertama.

Pada April 2015, jualan kumulatif CX-5 mencecah satu juta unit. Sekali gus menjadi model kedua terpantas Mazda yang mencapai angka tersebut selepas Mazda3 atau dikenali sebagai Axela di Jepun.

mazda-cx-5-2017-mekanika-2

Produksi keseluruhan pada Oktober lalu adalah sekitar 1.57 juta unit. Dengan jualan di peringkat global dilihat terus meningkat sejak pelancarannya, CX-5 kini menjadi model utama yang menyumbang sebanyak satu perempat daripada volum jualan tahunan Mazda.

BACA: MAZDA CX-5 2017 GENERASI BARU 

BACA: JD POWER 2016, MAZDA CX-UNGGULI SEGMEN

Pembangunan CX-5 serba baharu berpaksikan kepada slogan “sebuah SUV yang boleh dinikmati oleh semua”. Mazda mahu keseronokan pemanduan CX-5 boleh dirasai oleh semua penumpang, bukan sekadar pemandu sahaja.

Google ads
Back to top button