Buletin

HONDA CITY COTY 2014

Baiklah. Sekarang anda mempunyai satu lagi alasan kukuh untuk membeli sebuah Honda City.

Honda-City-COTY-2014-mekanika 8

Sebabnya? Honda City baru sahaja dipilih sebagai kereta terbaik keseluruhan (Car of the Year) oleh pihak New Straits Times–Maybank Car of the Year Awards 2014. Harus tahu bahawa ini adalah pengiktirafan yang paling berprestij dan amat didambakan oleh semua pengeluar kenderaan di Malaysia.

Sebelum itu, Honda City turut memenangi kategori Kompak Sedan Terbaik. Ia mengalahkan lebih 62 buah kereta baharu atau yang telah menerima penambahbaikan secara komprehensif.

Honda-City-COTY-2014-mekanika (1)

Untuk layak bersaing, kereta-kereta itu mestilah dilancarkan di Malaysia mulai Oktober 2013 hingga Oktober 2014 yang kemudiannya dibahagikan kepada 18 kategori.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Honda City merupakan antara penyumbang terbesar jualan Honda Malaysia pada tahun ini. Walaupun sudah berada di pasaran tempatan untuk beberapa ketika, permintaan terhadap sedan itu dilihat terus kukuh.

SONY DSC

Antara sebab utama kenapa Honda City sentiasa menjadi pilihan pengguna ialah ia menawarkan pakej yang lengkap dari segi reka bentuk, teknologi, rangkaian kuasa, ruang dalaman dan nilai pemilikannya.

“Honda memberi apa yang dimahukan oleh pengguna pada sebuah City. Honda City ialah sebuah kereta segmen B yang memiliki keluasan ruang dalaman hampir sama dengan beberapa model segmen D,” kata Pengerusi Panel COTY 2014 yang juga merupakan juri dan editor sisipan akhbar pemotoran berbahasa Inggeris, Cars, Bikes & Trucks.

Honda-City-COTY-2014-mekanika (4)

Untuk makluman, panel juri seramai lima orang terdiri daripada wartawan pemotoran dan jurutera enjin. Secara ringkasnya, penganjuran COTY sejak sekian lama adalah untuk mengenal pasti dan mengiktiraf pencapaian-pencapaian dalam industri automotif tempatan.

Honda City ditawarkan dalam empat varian iaitu Gred S, S+, E dan V pada harga bermula RM75,800 hingga RM90,800 seunit. Jentera ini dibina berdasarkan kepada konsep Exiting H Design!!! Huruf “H” itu bermaksud Human Center yang memberi penekanan terhadap keselesaan pemandu dan penumpang.

SONY DSC

Bagi menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan Honda City dijana oleh unit enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang telah ditambah baik. Mampu menghasilkan kuasa maksimum 120PS @ 6,600 rpm dan tork puncak 145Nm @ 4,600 rpm, ia dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT).

SONY DSC

Nampaknya 2014 memang tahun yang baik buat Honda Malaysia. Tahniah!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button