Peranti

ACER LIQUID X1, LIQUID JADE & LIQUID Z500

Acer Malaysia baru-baru ini melancarkan tiga telefon pintar terbaharunya iaitu Liquid X1, Liquid Jade dan Liquid Z500.

SONY DSC

Semua peranti itu dikatakan mampu memenuhi keperluan semua pengguna kerana ia ditawarkan pada harga berpatutan. Diperkenalkan buat pertama kali pada acara Computex 2014 di Taiwan, setiap satunya tampil dengan ciri-ciri unik dan reka bentuk menarik.

SONY DSC

Acer Liquid X1

Peranti beraiz 5.7 inci ini dikuasakan oleh pemproses 1.7GHz Octa-Core, ketersambungan LTE, kualiti pengimejan mengagumkan dan ciri kawalan yang intuitif. Semua itu dipakejkan ke dalam reka bentuk yang elegan dan ringan.

Tekstur kulitnya memberikan Acer Liquid 1 penampilan yang profesional dan selesa untuk dipegang. Paparan HD IPS pula dipasang dengan sekeping Corning Gorilla Glass 3 yang meningkatkan lagi reka bentuknya. Sekali gus menyerlahkan rekaan yang bersih dan kemas.

Acer-Liquid-X1-mekanika (1)

Hanya senipis 8.5mm dan berat 160g, Acer Liquid 1 hadir dengan kapasiti 2GB RAM yang memastikan prestasi serta operasi antara muka dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan lancar. Ketersambungan yang pantas juga boleh diperolehi menerusi Wi-Fi dan LTE dengan kemampuan muat turun sehingga 150Mbps.

Berita baik buat mereka yang gemar merakam gambar selfie, telefon pintar ini dilengkapi kamera hadapan sudut luas 2MP dan kamera belakang 13MP. Dengan kemampuan aperture F1.8 dan fokus sepantas 0.3 saat, merakam gambar pasti semakin menyeronokkan.

Acer-Liquid-X1-mekanika (4)

Acer Liquid 1 juga didatangkan dengan ciri AcerRAPID yang membolehkan pengguna menggunakan kamera, menerima panggilan tau mengakses aplikasi kegemaran melalui satu sentuhan sahaja.

Ciri AcerFLOAT membolehkan pengguna membuka lebih daripada satu aplikasi dan melakukan pelbagai tugasan pada satu-satu masa dengan mudah.

SONY DSC

Bukan itu sahaja, Acer Liquid 1 hadir bersama beberapa aplikasi baharu seperti Acer SnapNote yang berfungsi untuk mengambil nota sewaktu pembentangan dan menyimpannya dalam format PDF/JPG/PPT.

Aplikasi Acer LivScreen membolehkan pengguna berkongsi paparan atau maklumat dengan peranti LiveSreen yang lain. Sementara aplikasi Acer Extend pula membolehkan skrin telefon pintar dipaparkan di komputer riba atau notebook secara interaktif.

SONY DSC

Acer Liquid Jade

Acer Liquid Jade ialah telefon pintar Acer yang ultra nipis. Ia tampil dengan skrin kaca yang cantik, reka bentuk ergonomik dan tiada kerangka bezel. Menerima Anugerah Good Design di Jepun bulan lalu, telefon pintar ini hanya setebal 7.5mm dan berat 110g.

Telefon pintar ini menggunakan paparan HD IPS bersaiz 5 inci dengan Corning Gorilla Glass 3 yang tahan lasak. Pengalaman melihat skrin ini dipertingkatkan lagi melalui teknologi Zero Air Gap Acer.

Acer-Liquid-Jade-mekanika (7)

Sama seperti Acer Liquid 1, peranti ini dilengkapi kamera belakang 13MP dengan aperture F1.8. Aplikasi-aplikasi seperti Acer Extend, SnapNote, QuickMode dan System Doctor menjadi ciri standard pada Acer Liquid Jade.

SONY DSC

Acer Liquid Z500

Diperkenalkan pada acara IFA 2014 di Berlin, Jerman baru-baru ini, Acer Liquid Z500 sememangnya menarik untuk mereka yang sukakan hiburan. Sebabnya, telefon bimbit ini dilengkapi unit pembesar suara HD di hadapan bersama DTS Studio Sound.

Acer-Liquid-Z500-mekanika (6)

Acer Liquid Z500 mempunyai skrin HD IPS bersaiz lima inci. Kamera belakang 8MP dengan ciri auto fokus dan aperture 2.0 menawarkan kualiti gambar yang baik, walaupun pada kondisi cahaya yang rendah. Ia juga mudah dipegang dengan rekaan badannya yang hanya setebal 8.65mm.

Pendek kata, telefon pintar Acer Liquid 1, Acer Liquid Jade dan Acer Liquid Z500 mampu memenuhi keperluan dan bajet anda. Ketiga-tiga telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM999, RM799 dan RM499 seunit.

SONY DSC

Ia kini sudah boleh didapati di semua pengedar utama Acer di seluruh negara.
[hr]GALERI

Acer-Liquid-Jade-mekanika (3)Acer-Liquid-Jade-mekanika (8)Acer-Liquid-X1-mekanika (2)SONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button