Artikel Pilihan

HONDA CIVIC COUPE RALLYCROSS – LAJU NI DER!

Kita barangkali agak skeptikal bahawa Honda Civic hanya layak beraksi dalam perlumbaan di trek sahaja. Tidak betah untuk beraksi dalam perlumbaan rali. Namun, apabila Honda Civic Coupe Rallycross diperkenalkan, ianya berjaya merubah persepsi tentang kemampuan model baharu Civic ini untuk bersaing dalam apa juga bentuk perlumbaan.

BACA : CIVIC COUPE 2016

BACA : KERETA RALI SUBARU WRX STI 2017

Dan pengenalan model untuk beraksi dalam rallycross ini pada tahun lalu membuktikan bahawa Honda benar-benar serius ingin membuktikan tentang kehandalan Civic. Umum mengetahui bahawa pasaran Amerika juga sebetulnya agak penting juga bagi honda. Barangkali melalui penyertaan Honda Civic Coupe dalam saingan Global Rallycross yang turut berlangsung di serata Amerika, setidaknya dapat menaikkan lagi jenama di mata rakyat Uncle Sam itu.

Bagi menyertai acara perlumbaan yang ekstrem ini, modifikasi yang dilakukan juga haruslah juga melampau. Chasis Civic Coupe ini telah dibina semula oleh Olsbergs MSE (OMSE) sambil bantuan teknikal diberikan oleh Honda Performance Development (HPD). Kerja-kerja membina / memperteguhkan chasis termasuklah pemasangan sangkar keselamatan bagi menjamin kejituan kereta sewaktu melompat tinggi mahupun ketika di asak hebat oleh pesaing ketika di selekoh.

Honda Civic Coupe ini sememangnya telah dibina dengan teknologi yang bukan kepalang bagi membolehkan ianya mampu menahan bertahan ketika terbang sehingga 21 meter tingginya. Tidaklah bersepai ketika mendarat.

Enjin asal 2.0 liter turbo telah dirombak semula bagi menjadikan keseluruhan kuasa kudanya meningkat sehingga ke angka 600hp. Cukup tinggi. Malahan untuk catatan bagi 0-60 mph, hanya 1.9 saat sahaja yang diperlukan.

Bagi musim 2017 ini, Honda masih bersaing rapat dengan Volkswagen bagi merebut kategori pembuat walaupun ketinggalan di tempat kedua keseluruhan dengan tiga pelumba mewakili pasukan Honda Sebastian Eriksson, Mitchell deJong dan juga Oliver Eriksson. Dan bermula musim 2017 juga Honda Covoc Coupe ini telah menggunakan rekaan tema terbaharu, Kelley Blue Book berbanding warna putih kelazminan sebuah Honda.

Ternyata usaha yang dijalankan oleh pihak American Honda Motor Co, Inc dengan menyertai perlumbaan rallycross berupaya membuktikan kehandalan Civic Coupe sekali gus menarik perhatian anak muda. Maklumlah, pasaran di Amerika tu sengit bukan main. Ini pun sebenarnya adalah salah satu bentuk strategi pemasaran sebenarnya. Modal juta-juta, barulah untung berbilion, iya tak?

Google ads

B K

Back to top button