BuletinMotosikal

TMS 2017 – KAWASAKI LANCAR NINJA 250, LEBIH BERKUASA DAN LEBIH GARANG!

Kawasaki akhirnya memperbaharui model suku liter mereka, Ninja 250R untuk model 2018 di pameran Tokyo Motorshow (TMS) semalam. Setelah banyak spekulasi kedengaran termasuklah desas desus penggunaan enjin empat selinder, akhirnya Kawasaki Heavy Industries mengekalkan konfigurasi asal – dua selinder sebaris.

Begitupun, peningkatan kuasa lebih ketara menerusi talaan baru enjin ini. Ia menghasilkan 39 PS pada 12,500 rpm dan 23.5 Nm tork pada 10,000 rpm. Sebagai perbandingan, model 2017 menghasilkan 32 PS pada 11,000 rpm dan 21 Nm tork pada 10,000 rpm. Kuasa enjin baru ini bersamaan dengan data spesifikasi dari model Ninja 300 (untuk pasaran Jepun)

BACA: NINJA 250R GUNA ENJIN 4 SELINDER?

Tidak dinafikan, kategori 250cc kini menjadi saingan yang sengit. Hari ini, ia dianggap sama pentingnya dengan supersport 1 liter di kalangan tiga pemain utama Jepun, Suzuki turut perkenalkan versi GSX 250R 2018, sementara Yamaha R25/R3 sudah terima pembahagian besar beberapa tahun lepas dan Honda CBR 250RR kini mendahului carta bagi spesifikasi tertinggi dengan kelengkapan terkini.

Kawasaki memilih untuk memodenkan rupa Ninja 250R ini dengan mengambil insipirasi dari siri Ninja yang lebih senior. Lampu hadapannya kini tipis, dan tajam seperti ZX10R.

Ia dilengkapi dengan lampu berkembar LED dengan sayap sisi lebih tajam membawa ke bahagian tangki bahanapi, fairing dan juga garis badan ke belakang. Dua kali pandang, dari sisi nampak macam ada pengaruh dari Kawasaki H2 pun ada.

GALERI

 

 
Google ads
Back to top button