Buletin

CAWANGAN UMW TOYOTA MOTOR KINI DIOPERASIKAN OLEH PENGEDAR

Bermula Januari 2018, UMW Toyota Motor akan memindahkan kebanyakan outlet yang dimiliki dan dioperasi olehnya kepada para pengedar Toyota sedia ada.

Langkah itu bukan sahaja dapat meningkatkan lagi kecekapan operasi jualan runcit mereka. Malah membolehkan UMW Toyota Motor memberi fokus terhadap aktiviti seperti pembangunan produk, pemasaran dan sokongan rangkaian pengedar.

Sementara para pengedar pula boleh terus fokus dalam menawarkan perkhidmatan terbaik demi kepuasan semua pelanggan.

“Saya sangat teruja untuk menjalin kerjasama lebih rapat dengan pengedar Toyota. Walaupun ini satu perubahan yang besar, namun pelanggan tidak perlu bimbang kerana servis kami akan lebih baik pada masa akan datang,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy.

Google ads
Back to top button