Buletin

HONDA CIVIC SPORT DILANCARKAN DI UK

Honda sekali lagi mengujakan pasaran United Kingdom apabila memperkenalkan model Civic Sport. Lebih mahal berbanding model Civic biasa, Civic Sport dikatakan dibina dengan mengambil inspirasi model berprestasi tinggi, Civic Type-R.

2016-Honda-Civic-Sport-UK-mekanika (2)

Civic Sport hadir dengan beberapa pilihan enjin seperti 1.4 liter i-VTEC, 1.6 liter i-DTEC turbo diesel dan 1.8-liter petrol. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

“Pengenalan Civic Sport dengan enjin 1.4 liter mengukuhkan lagi tawaran model Civic di sini. Ia juga membuatkan model hatchback ini lebih mudah diakses oleh orang ramai,” kata Pengarah Urusan Honda UK, Philip Crossman.

Untuk tampil agresif, jentera ini didatangkan dengan rim aloi bersaiz 17 inci, spoiler belakang, kemasan pada bahagian bawah gril seperti model Type-R dan banyak lagi.

Dikilangkan di Britain, Civic Sport akan berada di pasaran mulai bulan depan. Ia ditawarkan pada harga bermula £18,360 (RM102,000) seunit.

Google ads
Back to top button