Motosikal

HARLEY-DAVIDSON ROADSTER 2016

Harley-Davidson baru-baru ini memperkenalkan Harley-Davidson Roadster 2016 yang merupakan ahli terbaharu dalam keluarga Sportster.

2016-harley-davidson-roadster-mekanika (9)

Bukan sekadar menjadi satu lagi Sportster 1200cc yang dipasang dengan alat ganti rekaan baru, jentera ini sebaliknya tampil dengan gabungan gaya oldskool dan pendekatan moden.

2016-harley-davidson-roadster-mekanika (1)

Perubahan paling ketara adalah pada bahagian hadapannya. Roadster dilengkapi fork jenis terbalik (upside-down) dan tiga penyepit yang besar. Geometri stereng juga telah disemak semula bagi membolehkannya mengambil selekoh dengan lebih mudah dan tepat.

2016-harley-davidson-roadster-mekanika (3)

Fork sepanjang 43mm itu kelihatan agresif. Terutama dengan bar hendal yang rendah. Untuk memberi kuasa membrek yang terbaik, roda hadapan dipasang dengan dua cakera terapung bersaiz 300mm yang diapit oleh dua angkup.

Harley-Davidson mengetengahkan rim aluminium bersaiz 19 inci di hadapan dan 18 inci di belakang. Bahagian belakang telah direka semula dan kini tampil bersama fastback fender yang kelihatan cukup padan dengan pelana baru itu.

2016-harley-davidson-roadster-mekanika (2)

Kuasa jentera itu diekstrak daripada unit enjin V-Twin Evolution 45 darjah bersesaran 1,202cc dengan sistem penyejukan udara. Mampu menghasilkan kuasa tork 103Nm, ia menjanjikan tunggangan yang mengujakan di laluan bengkang-bengkok.

2016-harley-davidson-roadster-mekanika (7)

Sudah ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah, Roadster 2016 berharga AS$11,199  (RM43,000) seunit.

Google ads
Back to top button