Buletin

PIRELLI RANCANG BINA TAYAR F1 BAHARU BERMULA GP BRITISH

Pengeluar tayar Pirelli dilapor merancang untuk memperkenalkan tayar baharu untuk perlumban Formula 1 bermula GP British bulan depan di liter Silverstone. Langkah itu terpaksa diambil selepas kegagalan tayar sedia ada sewaktu perlumbaan di litar Baku, Azerbaijan.  

Pasukan Pirelli diminta untuk menguji binaan baharu tayar berkenaan minggu hadapan di GP Austria sebelum diberi kelulusan penuh. 

Pirelli mengalami dua kali kegagalan berprofil tinggi di GP Azerbaijan apabila pelumba pasukan Aston Martin, Lance Stroll dan bintang Red Bull Racing, Max Verstappen terpaksa menghentikan perlumbaan berikutan pelanggaran di laluan lurus.

Sebagai maklum balas, Pirelli meningkatkan pemantauan ke atas aspek tekanan sewaktu permulaan perlumbaan. Perubaan pembinaan tayar mula dibincangkan semasa GP Styrian yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan dan Teknikal F1 British, Ross Brawn. Sementara Pengurus Perlumbaan Pirelli, Mario Isola pula menjelaskan tentang perubahan binaan tayar tersebut. 

Difahamkan bahawa tayar C4 akan digunakan di litar Red Bull Ring, manakala tayar C1, C2 dan C3 yang lebih keras bakal digunakan di litar Silverstone. Pirelli turut bertanya kepada FIA dan F1 sama ada ia boleh menggunaan binaan tayar lebih tahan lasak yang menampilkan ciri sama pada tayar sedia ada, tetapi memiliki dinding sisi yang lebih keras. 

Litar Silverstone sememangnya diketahui sukar untuk tayar kerana laluan berkelajuan tinggi yang boleh menyebabkan tayar gagal berfungsi sebaik mungkin. 

“Tayar baharu ini akan diuji semasa latihan bebas di GP Austria dan terus dinilai sehingga tahun hadapan, sebelum Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) diperkenalkan pada semua jentera F1. Minggu depan, setiap pasukan akan menerima dua set tayar baharu yang boleh digunakan semasa sesi ujian bebas. 

“Sekiranya ujian ini berjaya, spesifkasi tayar belakang yang baru akan diperkenalkan pada GP British. Struktur tayar baharu ini akan memberi lebih keyakinan dalam kondisi ektrem perlumbaan,” kata Pirelli.  

Google ads
Back to top button