Buletin

HONDA CIVIC TYPE R FK8 MUGEN CONCEPT

Masihkah anda ingat “mimpi ngeri” Mugen concept RC20GT yang kami paparkan pada pameran Tokyo Auto Salon tahun lepas? Ya. Ia sebuah kereta yang maha buruk ya robbi tak boleh dimaafkan langsung.

Kalau anda dah lupa, boleh bacara di pautan di bawah

BACA: MUGEN CONCEPT FK8 YANG MAHA BURUK

Hari ini, bertempat di pameran Malaysia Autoshow di MAEPS, Serdang, Honda Malaysia membawa khas kepada pengunjung versi terkini Mugen Concept yang jauh lebih senonoh dibandingkan dengan Mugen RC20GT yang kami lihat di Tokyo tahun lepas.

Type-R Mugen Concept ini juga adalah yang pertama kali dibawa keluar dari Jepun. Anda boleh lihat kereta ini dari dekat dan ia pertama seumpamanya dipamerkan kepada umum di benua Asia Tenggara.

Ia dibina di atas platform Honda Civic Type-R FK8 berwarna merah, warna yang sinonim dengan Mugen. Bahagian luar menyaksikan perubahan tambahan pada bampar lips depan, skirting sisi dan juga roda lebih besar.

Secara keseluruhannya terdapat 12 perbezaan model ini berbanding versi standard FK8R iaitu;

  1. Jeriji radiator (Grill) dengan kemasan karbon
  2. Lips hadapan di bawah bampar
  3. under spoiler /diffuser belakang.
  4. kemasan “garnish” pada skirting sisi
  5. Lampu belakang LED
  6. Rim Mugen 20 inci dengan tayar Continental 245/30/20.
  7. Pelekat badan Mugen.
  8. Set Pengunci roda (wheel nut set)
  9. Stereng sport Mugen
  10. Gear knob bersalut kulit.
  11. Karpet sport.
  12. Scuff plate

GALERI

Google ads
Back to top button