Buletin

MALAYSIA AUTOSHOW 2019: BMW i3s – 184hp, RM279K

BMW Malaysia hari ini memperkenalkan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) pertamanya, BMW i3s pada acara Malaysia Autoshow 2019 di MAEPS, Sedang.

BMW i3s menjadi penambahan terbaharu ke dalam portfolio kenderaan Mobiliti Bervisi BMW Group Malaysia.

Di peringkat global, lebih 120,000 unit BMW i3 telah diserahkan kepada pelanggan. I3s bukan sekadar sebuah kenderaan elektrik yang berkuasa tinggi, malah ia dilengkapi oleh 80 peratus sumber yang telah dikitar semula.

BMW i3s merupakan kenderaan iPerformance pertama yang didokong oleh platform ChargEV, hasil usaha sama di antara BMW Group Malaysia dan GreenTech Malaysia.

Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° ELECTRIC memberi akses kepada fasiliti-fasiliti ChargEV.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Sekali gus membolehkan pengguna menerima bantuan dan akses 24/7 di semua lokasi pengecasan rangkaian ChargEV yang kian berkembang di seluruh negara.

Reka bentuk

BMW i3s tampil dengan bampar hadapan berbentuk U berwarna hitam. Selain gril ‘kidney’ yang ditutup dengan kemasan hitam berkilat.

Lampu hadapan LED penuh didatangkan sebagai ciri standard. Manakala lampu indikator diintegrasikan secara melintang pada bampar hadapan.

Di bahagian belakang, BMW i3s nampak garang dengan spoiler, lampu LED dan bampr lebar berwarna hitam.

BMW i3s turut dilengkapi sistem suspensi sport yang menurunkan kereta ini sebanyak 10mm. Sementara trek tayar dilebarkan sehingga 40mm untuk menawarkan pengendalian yang lebih lasak.

Jentera itu juga dipasang dengan rim aloi ringan BMW i bersaiz 20 inci.

Prestasi dinamik

BMW i3s digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 184p dan tork 270Nm yang dipadankan dengan kotak gear satu kelajuan. Rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa cuma 6.9 saat.

Bateri lithium-ion membolehkan i3s bergerak sejauh 260km dengan sekali caj. Pemandu boleh memilih mode SPORT melalui butang Driving Experience Control untuk mengaktifkan pecutan yang lebih mengujakan.

Prestasi pemanduan turut disumbang oleh ciri-ciri Dynamic Stability Control, Dynamic Traction Control, Cornering Brake Control, Dynamic Brake Control, ABS dan Brake Assist.

Kabin LifeDrive

Dibina berasaskan kepada rekaan dalaman LifeDrive, BMW i3s dilengkapi oleh ‘BMW i Interior Design Suite’. Tempat duduk dibalut oleh kulit Vernasca berwarna hitam dan material bumbung kelabu.

Jika berminat, BMW i3s ditawarkan pada harga RM279,000 seunit.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button