Buletin

HONDA CR-V DIREMPUH KERETA PERISAI TENTERA KERANA TUKAR HALUAN SECARA TIBA-TIBA

Akibat menukar haluan secara tiba-tiba, sebuah Honda CR-V yang dinaiki oleh sekeluarga warga Bangladesh dirempuh sebuah kereta perisai tentera.

Insiden mencemaskan itu berlaku pada pukul 4.20 petang di di Kilometer 14.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed memberitahu siasatan awal mendapati kereta perisai dan trak tentera (milik Angkatan Tentera Malaysia) dalam perjalanan pulang dari Kem Rasah Markas 1 Briged menghala ke Kem 2 Amor Port Dickson.

“Pergerakan secara konvoi dengan kedudukan konvoi didahului dengan Proton Saga diikuti kereta perisai dan terakhir trak tiga tan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, Honda CRV dipandu wanita Bangladesh dari arah kiri menukar haluan secara tiba-tiba, ” katanya dalam satu kenyataan media.

Berikutan jarak yang sangat dekat, kereta perisai tentera gagal memberhentikan kenderaan lalu melanggar Honda CR-V berkenaan dan mengheret kenderaan itu ke lorong kecemasan.

Dalam kemalangan itu, semua yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Rule 6 LN 166/59. – Harian Metro

Google ads
Back to top button