
WRC 2020 – SEBASTIAN OGIER KEMBALI BANGKIT DI MEXICO
Dalam keadaan dunia yang sedikit suram, perlumbaan World Rally Championship (WRC) 2020 tetap berlangsung dalam keadaan tenang dan terik yang mana menyaksikan pemandu lagenda, Sebastian Ogier kembali bangkit untuk muncul juara di bumi Mexico.

Keputusan untuk menobatkan pemandu dari Perancis itu dicapai setelah penganjur rali dengan sokongan dari FIA serta Promoter WRC untuk memendekkan saingan memandangkan situasi COVID-19 yang semakin bertambah buruk di seluruh dunia. Perlumbaan rali di Mexico tamat setelah selesai saingan di Rock & Rally Leon pada malam Sabtu.
Walaupun ditamatkan lebih awal, namun dominasi Seabstian Ogier bersama Toyota Yaris WRC bermula dari Jumaat pagi lagi dengan kebanyakkan peringkat dimenangi beliau. Dengan kebanyakkan pemandu menghadapi sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan cuaca yang terik bersama jentera masing – masing, Sebastian Ogier pula tampak tenang untuk menggungguli laluan permukaan batu kerikil dalam keadaan suhu yang mencabar. Kejayaan Sebastian Ogier ini merupakan yang keenam dalam kerjaya beliau dan yang pertama bersama pasukan Toyota Gazoo Racing.
Tempat kedua berjaya menjadi milik penyandang WRC 2019 Ott Tanak yang ketinggalan 27.8 saat dibelakang Sebastian Ogier. Jelas sekali pemandu Estonia yang memandu Hyundai i20 WRC ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan buat pasukan Hyundai Shell Mobis yang gagal mempamerkan prestasi yang membanggakan apabila Theirry Neuville hanya di tempat 16 manakala Dani Sordo pula gagal menamatkan perlumbaan.
Tempat ketiga menjadi milik pemandu M-Sport Ford, Teemu Suninen yang sebelum itu beraksi sengit untuk merebut posisi kedua bersama Ott Tanak. Beliau hanya dipisahkan 10.1 saat sahaja untuk muncul podium kedua. Podium ketiga ini sudah dikira besar rahmat buat pasukan yang kelihatannya bukanlah pilihan untuk menaiki podium.

Oh ya, ingat lagi artikel sudah tentang faktor cuaca yang terik di bumi Mexico? Pemandu Esapekka Lappi yang memandu Ford Fiesta WRC telah menerima bahangnya. Maunya tak bahang, jentera beliau mengalami kebakaran di bahagian belakang ketika berhenti di checkpoint. Usaha marshal beliau dan marshal memadamkan kebakaran tersebut gagal. Dan dengan beraninya si Esapekka Lappi memandu untuk menjarakkan jentera daripada kedudukan penonton tanpa menyedari api semakin marak. Mujur beliau sempat keluar daripada kereta sebarang kecederaan.
Tamatnya saingan di Mexico, sepatutnya para peserta berkumpul di Argentina untuk pusingan berikutnya namun ianya telah dibatalkan ekoran COVID-19. Promoter WRC melalui pengumuman yang dilakukan rali di Argentina sepatutnya berlangsung pada 23 – 26 April di tunda ke suatu tarikh lain.
Kedudukan Mata Pemandu
- Sebastian Ogier – 62 Mata
- Elfyn Evans – 54 Mata
- Theirry Neuville – 42 Mata
Kedudukan Mata Pembuat
- Toyota Gazoo Racing – 110 Mata
- Hyundai Shell Mobis – 89 Mata
- M-Sports Ford – 65 Mata