Buletin

HONDA INDONESIA LANCAR CR-V BARU- 1.5T & 2.0, SUNROOF & 7 TEMPAT DUDUK

Pada hari pembukaan Indonesia International Motorshow semalam, Honda Indonesia membuat kejutan dengan pengenalan model CR-V serba baru. Model generasi kelima ini nampaknya dilancarkan lebih cepat, berbanding sebelumnya. Ia model yang sama dilancarkan di Thailand pada bulan lepas.

Namun sedikit menarik untuk melihat pemilihan varian di Indonesia. JIka di Thailand mereka ada enjin 1.6 disel turbo sebagai pilihan, di Indonesia pasaran lebih memihak kepada petrol sahaja. Terdapat dua pilihan enjin yang ditawarkan iaiatu 2.0 N/A dan 1.5 liter turbo menerusi tiga spesifikasi berbeza.

Turut diperkenalkan ialah varian 7 tempat duduk yang kami rasa akan memberi saingan terus kepada Nissan X-Trail dalam kategorinya di pasaran Malaysia. Di bawah adalah perbezaaan spesifikasi dan harga jualan berdasarkan tiga varian utama.

1. CR-V 2.0L – RP 432 JUTA (RM140,000)

Merupakan model paling asas, sama seperti poliferasi Civic yang meletakkan enjin 1.8 sebagai model entry level. Varianini dikuasakan oleh enjin 2.0 aspirasi biasa dengan penghasilan 154ps / tork189Nm bersama transmisi jenis CVT. Di bawah adalah spesifikasi utama;

  • 5 tempat duduk
  • RIM aloi 17 inci
  • lampu projektor halogen
  • Pemain utama dengan skrin 7 inci
  • Sistem kunci biasa
  • Pelaras kerusi manual
  • Kawalan penghawa dingin manual

2. CR-V 1.5 TURBO – RP 466 JUTA (RM 151,000)

Model tangga kedua ini menggunakan enjin 1.5 liter yang ditala dengan lebih kuasa berbanding Civic. Ia menghasilkan 190ps / tork 240Nm juga dengan transmisi CVT. Di bawah adalah spesifikasi utama;

  • 7 tempat duduk
  • RIM aloi 17 inci
  • Lampu projektor halogen
  • Pemain utama dengan skrin 9 inci
  • Dalaman bersalut kulit
  • Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless)
  • Pelaras kerusi elektrik
  • Kawalan penghawa dingin automatik

3. CR-V 1.5 TURBO PRESTIGE – RP 506 JUTA (RM165,000)

Model “highline” ini menggunakan enjin sama 1.5 liter 190ps / tork 240Nm Transmisi CVT. Ketara dilihat menerusi penambahan ciri menarik seperti Lampu utama jenis LED, tailgate belakang berkuasa elektrik dan juga bumbung suria (sunroof).

  • 7 tempat duduk
  • RIM aloi 18 inci
  • Lampu utama dan lambu kabus LED
  • Pemain utama dengan skrin 9 inci
  • Dalaman bersalut kulit
  • Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless)
  • Pelaras kerusi elektrik
  • Kawalan penghawa dingin automatik
  • Power tailgate
  • Bumbung suria (sunroof)

SUMBER HONDA INDONESIA

Google ads
"
"
Back to top button