Buletin

HONDA MALAYSIA SUMBANG BARANGAN KEPERLUAN BERNILAI RM40K BANTU MASYARAKAT SETEMPAT

Honda Malaysia (or the Company) baru-baru ini bekerjasama dengan Kelab Pembekal Honda Malaysia untuk membantu smayarakat setempat di Melaka yang terjejas akibat pandemik COVID-19. 

Sumbangan berbentuk barangan keperluan bernilai RM40,000 itu diberikan kepada enam buah rumah kebajikan bagi membantu meringankan beban mereka. Ia melibatkan rumah orang tua, pusat kebajikan dan anak yatim. 

Rumah kebajikan itu ialah Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Dan Warga Emas Alor Gajah, Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Dan Anak Yatim Victory, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan, Persatuan Kebajikan Sri Murni Insan Istimewa, Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna dan Pusat Jagaan Pertubuhan Villa Harapan.

“2021 terus menjadi tahun yang mencabar buat Malaysia dengan peningkatan jumlah jangkitan COVID-19. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Jun 2021. Penutupan sektor ekonomi jelas menjejaskan kehidupan terutama mereka yang memerlukan bantuan. 

“Kami mengagihkan barangan seperti beras, tepung, minyak masak dan telur. Selain produk kebersihan seperti lampin pakai buang, pencuci dan gel mandian,”kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.

Mereka turut menerima barangan tambahan termasuklah pakaian untuk orang dewasa, serta buku mewarna dan permainan bagi kanak-kanak. 

Sumbangan yang diserahkan pada 26 dan 28 Julai lalu itu memberi manfaat kepada lebih 300 orang. Aktiviti sumbangan tersebut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Google ads
Back to top button