Motosikal

DAVINCI TECH DEDAH DC100. GABUNGAN MOTOSIKAL DAN ROBOTIK

Davinci Tech yang berpangkalan di China mendedahkan motosikal elektrik futuristik menggunakan kuasa bateri sepenuhnya di kenali sebagai DC100.

Jentera terbaharu itu menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik kepada para pelanggan termasuk fungsi robotik.

Biarpun, syarikat terbabit tidak mendedahkan perincian enjin motosikal elektrik terbaharu itu, ia mampu menjana kuasa mencecah 35 hp dan tork 850 Nm.

DC100 berupaya memecut 100 km dalam tempoh 3 saat pada kelajuan maksimum 200km/j.

Selain itu, dua data jarak perjalanan dikongsi iaitu 400.75km menurut Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) dan 357.51km Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia  (WLTP).

Pengecasan pula boleh dilakukan dengan pantas pada tahap 3 DC malag mencapai kapasiti penuh sekitar 30 minit sahaja.

DC100 dilengkapi brek lever tunggal menggabungkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Brek-Kombi (CBS) dan Kawalan Traksi (TCS).

Ia turut hadir dengan fungsi Bantuan Kawalan Mula Bukit (HAC) yang membenarkan motosikal bergerak ke depan dan menawarkan tork diperlukan untuk memulakan tunggangan lancar.

Jentera terbaharu itu, juga boleh mengawal kelajuan untuk keseimbangan dan pemulihan tenaga bateri apabila turun bukit.

DC100 memiliki ciri pemulihan tenaga kinetik dan sistem pengurusan bateri yang memantau tahap keselamatan pek bateri dalam masa nyata.

Memandangkan kenderaan elektrik pintar hari ini yang semakin canggih dan berdaya saing, DC100 menawarkan aplikasi telefon pintar dengan akses penuh kepada informasi prestasi motosikal.

Davinci Tech berkata ciri termaju akan datang ialah keupayaan motosikal mengimbang sendiri, kawalan jauh dan akses sumber perisian terbuka (open-source software access). – thedriven

Google ads
Back to top button