Buletin

HONDA NSX PRE-FACELIFT 1991, DIJUAL PADA HARGA RM270K DI SWEDEN

Nilai Honda NXS generasi pertama dalam pasaran kereta terpakai terus meningkat, tetapi ada peluang untuk mendapat tawaran potongan harga, selagi anda tidak kisah dengan pengubahsuaian visual yang meluas oleh penala Jepun VeilSide.

Kenderaan itu ditawarkan oleh pengedar kereta Custom Car Sthlm AB yang di Stockholm. Menurut penyenaraian di Blocket, ia berdasarkan NSX pre-facelift dari 1991 yang hanya menempuh jarak 12,780 km sejak ia meninggalkan pengedar itu.

Kit badan VeilSide tidak terhad kepada satu set bampar, kerana penala itu terkenal dengan kelebihannya dalam hal mereka bentuk semula panel badan. Bahagian hadapan memaparkan bampar yang lebih ke dalam, bonet berventilasi dan sepasang lampu depan, dipasang pada fender baharu dengan perumah gentian karbon menggantikan unit popup asal.

Kedua-dua fender hadapan dan belakang adalah lebih lebar daripada stok, dengan ambang sisi baharu. Ia turut dilengkapi dengan set roda aloi gaya turbin selepas pasaran berukuran 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang.

Bahagian belakang VeilSide NSX adalah paling kontroversial, mengorbankan lampu belakang lebar penuh ikonik, yang diperoleh daripada Ferrari 360 Modena. Rear deck juga banyak diubah termasuk “floating” rear wing manakala bampar penuh dengan celah mendatar.

Sentuhan terakhir ialah penggunaan paip ekzos dwi yang di custom. Kereta itu dicat semula pada tahun 2021 ( warna asal adalah berwarna merah), itulah sebabnya ia kelihatan sangat berkilat dalam foto.

NSX dengan bodykit yang agak luar biasa itu dijual di Sweden pada harga AS$58,773 (RM270,414). Harga asalnya ialah AS$63,201 (RM290,787). 

GALERI:

Google ads
Back to top button