JOM PERGI RETRO HAVOC 2022: ENCORE EDITION. TIKET RM10, PELUANG MENANG C70 CUSTOM!
Berita baik untuk peminat dunia modifikasi! Acara Retro Havoc Car Show 2022: Encore Edition kini kembali dan akan diadakan di Damansara The Curve B2 Parking Hall.
Bakal berlangsung pada 30 Julai (esok), ia merupakan edisi kelapan Retro Havoc sejak ia mula dianjurkan pada tahun 2014.
Acara itu akan menyaksikan penyertaan sebanyak 600 buah kereta yang datang dari Malaysia, Singapura dan Thailand. Antara tetamu khas yang menjadi juri ialah:
- DAIJIRO INADA – Pengasas majalah Option Jepun / Tokyo Auto Salon / D1 GP (Jepun)
- SHOJI INOUE – Starroad Jepun
- AKIRA IIDA – Pemandu profesional Toyota Japan, Pengerusi JAF CHAIRMAN
- BLAKES JONES – SPEEDHUNTERS
- MASAKI SATA – Pelakon Wangan Midnight / SATA Builders
Acara kali ini mendapat sokongan daripada penaja utama iaitu Tourism Malaysia dan penaja bersama LADA Langkawi, Malaysia Airlines, M.A.M, Hotel Royale Chulan The Curve dan Kementerian Belia dan Sukan.
Tiket masuk hanya RM10 dan pengunjung layak untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal Honda C70 “Custom”.
Kemasukan bagi kanak kanak bawah 12 tahun dan golongan OKU adalah percuma. Pintu utama untuk masuk ke acara adalah melalui escalator sebelah McDonald’s di dalam The Curve.
Jika parkir kenderaan di IKEA Damansara, anda boleh terus ke lorong bawah tanah yang menghubungkan The Curve dan IKEA. Walaupun berada di kawasan letak kereta, penganjur Retro Havoc telah memasang hampir 100hp unit pendingin hawa demi keselesaan semua.
Harus tahu bahawa ini merupakan acara kali kedua selepas yang pertama diadakan pada Januari lalu, bagi menggantikan acara RH2020 yang tertunggak selama 2 tahun.
Bukan sekadar mempamerkan kenderaan yang telah dimodifikasi, Retro Havoc Car Show 2022: Encore Edition juga bekerjasama dengan Bousted Holding Berhad untuk mengutip derma buat pesara tentera.
Tabung akan disediakan di kawasan pentas RETRO HAVOC CAR SHOW selama 1 hari dan pada malam harinya selepas acara, 20-30 kereta akan berarak ke Hotel Royale Chulan KL untuk membuat penyerahan derma. – Foto: FB ALie Kuoppa, Retro Havoc