Motosikal

SUZUKI SV650 KINI LEBIH AGRESIF

Suzuki melancarkan model pembaharuan generasi keempat SV650. Beberapa perubahan yang dilakukan menjadikan ia lebih agresif dan sedia bertarung dengan Yamaha MT-07.

Suzuki-SV650-2017-mekanika (4)

Beberapa penambahbaikan dilakukan pada bahagian penampilan dan enjin. Menurut Suzuki, sebanyak 140 komponen baharu yang membantu membuatkannya menjadi lebih ringan iaitu 197kg. Berbanding sebelumnya 205kg.

Bahagian enjin 645cc V-twin menerima komponen baharu antaranya piston dan ring piston. Diikuti dengan kemas kini pada sistem penyejukan dan ekzos yang menyumbang kepada penambahan kuasa 4hp. Ini menjadikan kuasa yang mampu dicapai adalh 75hp. Sementara capaian tork masih sama, 64Nm yang diperoleh sekitar 8,100rpm.

Suzuki-SV650-2017-mekanika (3)

Bahagian kawalan elektronik juga ditambah baik. Menurut Suzuki, model naked itu mampu merekodkan penggunaan bahan api sekitar 3.87 liter bagi setiap 100km.

Selain itu, model yang turut digelar sebagai Gladius  di beberapa negara ini turut mencapai standard Euro 4.

Suzuki-SV650-2017-mekanika (5)

Didatangkan dengan empat warna pilihan putih, merah, biru, hitam, model berkenaan dijual sekitar 5,500 pounds sterling (RM32,222).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button