Buletin

HYUNDAI i20 N RALLY2 STEP2 BERSEDIA UNTUK DITURUNKAN DI ERC

Hyundai Motorsport telah menayangkan model rali mereka yang telah dikemaskini, Hyundai i20 N Rally2 Step2 untuk memastikan kesinambungan kejayaan mereka dalam pentas FIA European Rally Championship (ERC) berterusan.

Setelah berjaya memberikan kejayaan tahta ERC dua kali berturut – turut kepada Hayden Paddon dengan memandu jentera Hyundai i20N Rally2, Hyundai Motorsport telah memberikan kenyataan bahawa jentera tersebut akan diteruskan penambahbaikan apabila telah selesai menggunakan tujuh proses homologasi jokers.

Menurut Hyundai Motorsport, jentera Hyundai i20 N Rally2 ini telah mengambil kesempatan daripada tujuh jokers yang tersedia untuk pembangunan jentera, membolehkan ianya adalah pakej tunggal peningkatan terbesar untuk model Rally2 mereka semenjak kali pertama dilancarkan.

Penambahbaikan terhadap Hyundai i20 N Rally2 ini meliputi kinematik hadapan dan belakang yang disemak semula, nisbah kotak gear baharu direka bentuk untuk melengkapkan perisian enjin yang dikemas kini dan pilihan tanjakan berbeza baharu, bahagian terbaharu akan dihomologasikan pada awal 2025. Jentera Hyundai i20 N Rally2 Step2 yang pertama dihantar kepada pelanggan tidak lama kemudian dan kit perubahan yangdibuat juga akan tersedia untuk pelanggan sedia ada untuk mengemas kini jentera mereka sedia ada.

Pemenang perlumbaan siri Eropah dan juga WRC, Kris Meeke, yang memperoleh kejuaraan Portugis keduanya dengan memandu Hyundai i20 N Rally2 musim ini, telah pun berpeluang memandu i20 N Rally2 Step2 di pada Rallye du Var bulan lepas di Perancis, sebagai menandakan penampilan pertama jentera yang telah dikemas kini itu.

Untuk rekod, penampilan jentera Hyundai i20 N Rally2 di pentas kejuaraan ERC mungkin dilihat sedikit bernasib baik apabila Hayden Paddon berjaya memenangi tahta kejuaraan ERC dua tahun berturut – turut sekali gus memberikan imej yang cukup baik jenama Hyundai Motorsport dalam pentas rali Eropah.

Sementara itu prestasi Hyundai i20 N Rally2 dalam kejuaraan WRC2 pula masih lagi dibayangi oleh jenama regular seperti Skoda Fabia RS Rally2. Malah model Citroen C3 Rally2 juga dilihat lebih kompetetif dengan keputusan yang baik. Itu belum lagi nama baharu Toyota GR Yaris Rally2 yang telah membuktikan kehandalannya musim ini dengan memenangi kejuaraan WRC2 melalui Sami Pajari.

BACA : MASANYA UNTUK TANAK MENGUJI HYUNDAI i20 N RALLY2

BACA : hERC 2024 – HAYDEN PADDON SAHIH AKAN KEMBALI MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN ERC BERSAMA HYUNDAI i20 N RALLY2

Google ads

B K

Back to top button