Buletin

ERC 2024 – HAYDEN PADDON SAHIH AKAN KEMBALI MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN ERC BERSAMA HYUNDAI i20 N RALLY2

Pemandu rali yang berasal dari New Zealand Hayden Paddon akhirnya mengesahkan bahawa beliau bersama Juruarah John Kennard akan kembali menyertai musim penuh FIA European Rally Championship (ERC) musim 2024 bagi mempertahankan kejuaraan ERC yang dimenanginya tahun lepas.

Hayden Paddon mengakui dia dan Juruarah John Kennard pastinya akan menjadi sasaran utama daripada pesaing yang lain ketika mereka cuba untuk mempertahankan kejuaraan ERC 2023 yang dimenangi mereka sebelumnya.

Hayden Paddon dan Juruarah John Kennard yang akan memulakan musim ke-19 berlumba bersama pastinya mahu memburu lebih banyak kemenangan, bersama pasukan BRC Racing Team dengan memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 yang akan menggunakan tayar Pirelli.

Ketika kempen ERC 2023, pasangan ini dilihat cukup menyerlah disebalik kekurangan pengalaman untuk beraksi di pentas Eropah yang menampilkan aksi yang cemerlang dan konsisten untuk merangkul kejuaraan walau pun ketika perlumbaan masih lagi berbaki satu lagi acara.

“Kami telah berusaha untuk mengesahkan kembali ke ERC ketika sepanjang musim panas di New Zealand nanti dan saya sangat gembira, dengan sokongan BRC Racing Team, Hyundai Motorsport, Hyundai New Zealand dan Pirelli. Kini kami akan kembali ke Eropah untuk mencuba dan mempertahankan kejuaraan kami,” kata Paddon, yang menjadi pemandu pertama bukan dari Eropah untuk dinobatkan sebagai juara ERC pada 2023.

Bercakap mengenai Juruarah John Kennard yang berusia 65 tahun, mereka telah lama bekerjasama sebagai pasangan Pemandu / Juruarah semenjak daripada 19 tahun yang lalu. Dengan pengalaman yang diraih bersama, pastinya menjadi taruhan terbaik buat keduanya untuk menjulang sekali lagi kejuaraan ERC musim ini nanti.

Dalam masa yang sama, Hayden Paddon turut memberikan penghargaan terhadap pasukan BRC Racing Team dan juga Pirelli yang banyak membantunya musim lepas.

“Semua orang di BRC luar biasa untuk bekerjasama pada tahun lepas untuk saya John  bersaing dalam pelbagai perlumbaan ERC di seluruh Eropah untuk kali pertama,” menurut Hayden Paddon.

“Usaha gabungan BRC, Hyundai Motorsport dan Paddon Racing Group di New Zealand membolehkan kami memajukan pembangunan kereta Hyundai i20 N Rally 2 ini”.

“Saya berbangga kerana Pirelli juga telah memainkan peranan besar dalam karier saya sejak 2010. Kami melihat tahun lepas bahawa Pirelli adalah tayar sepanjang pusingan terbaik untuk keseluruhan kejuaraan dan merasakan mereka akan memberi kami peluang terbaik untuk berjaya lagi tahun ini, “ tambah Hayden Paddon lagi.

Perlumbaan pembuka tirai akan dilangsungkan di V-Hid Rally Hungary pada tanggal 12 – 14 April nanti.

BACA : ERC 2023 – KEMENANGAN DRAMATIK BUAT HAYDEN PADDON DI RALLY SERRAS DE FAFE

BACA : ERC 2023 – JAN KOPECKY MENANG DI BUMI SENDIRI TAPI AKHIRNYA HAYDEN PADDON DIUMUMKAN JUARA ERC 2023

Google ads

B K

Back to top button