Buletin

TEMPAHAN HYUNDAI STARIA CKD KINI DIBUKA – HARGA BERMULA RM179K

Hyundai Motor Malaysia kini membuka tempahan bagi model Hyundai STARIA pemasangan tempatan (CKD), yang diproduksi di fasiliti Hyundai Sime Darby Motors di Kulim.

MPV premium ini kini hadir dengan pilihan warna baharu termasuk;

  • Jet Black
  • Snow Flake White Pearl
  • Meteor Grey
  • Stormy Sea

Dihasilkan secara tempatan, Hyundai STARIA ditawarkan pada harga antara RM179,888 hingga RM267,888, bergantung kepada varian yang dipilih.

Untuk spesifikasi, tiada pendedahan dibuat setakat ini, dijangkakan spesifikasi penuh Hyundai STARIA CKD akan dikongsikan tidak lama lagi.

Bagi unit CBU yang dilancarkan Julai lalu, ia dikuasakan oleh enjin diesel 2.2 liter turbocas empat silinder, menghasilkan 177PS dan 431Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Bagi keselamatan pula, Hyundai menyertakan sistem bantuan pemandu SmartSense yang merangkumi;

  • Bantuan Elak Pelanggaran Hadapan
  • Bantuan Kekal Lorong
  • Bantuan Ikut Lorong
  • Kawalan Cruise Pintar
  • Amaran Pelanggaran Titik Buta
  • Bantuan Keluar Selamat

Langkah ini menandakan komitmen berterusan Hyundai untuk memperkukuh kehadirannya di Malaysia, selain memastikan rekaan moden, ruang dalaman luas dan teknologi mobiliti canggih lebih mudah diakses oleh pengguna tempatan.

Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi mana-mana pusat pameran Hyundai di seluruh negara untuk melihat lebih dekat STARIA serta membuat tempahan.

Google ads
Back to top button