
KGM TORRES HYBRID KINI DITAWARKAN – SEBUAH SUV HYBRID YANG RUGGED
Pengeluar berasal dari Korea yang sebelum ini dikenali dengan nama SsangYong, KGM (KG Mobility) telah menayangkan model terbaharu mereka, KGM Torres Hybrid, sebagai model tambahan kepada model sedia ada meliputi model varian petrol dan juga elektrik.
Dibangunkan dengan kerjasama BYD, peneraju global dalam kenderaan mesra alam, Dual Tech Hybrid System ialah hibrid penuh yang memaksimumkan kecekapan dan kelebihan kedua-dua enjin pembakaran dalaman dan juga elektrik. Sistem ini menggabungkan enjin petrol bersama pengecas turbo 1.5 liter yang mampu menghasikan output 49.6 PS dan juga 220Nm) bersama gabungan dua motor yang mampu menghasilkan output maksimum sehingga 176.8 PS yang dipadankan dengan transmisi e-DHT automatik 6-kelajuan.

Transmisi dwi-motor khusus hibrid ini juga berupaya menyokong sembilan mod pemanduan berbeza, termasuk mod EV, mod HEV (siri-selari), dan mod pemacu enjin untuk menyampaikan prestasi yang lancar dan senyap serta, serba boleh.
Kevin Griffin, Pengarah Urusan KGM Motors UK, berkata: ” KGM Torres Hybrid adalah merupakan kenderaan hibrid pertama jenama itu dan telah dibangunkan untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk kecekapan yang lebih tinggi tanpa kompromi. Ia menggabungkan faedah ekonomi teknologi hibrid dengan kepraktisan dan kekuatan yang dijangkakan daripada SUV yang memenangi anugerah. Model ini menandakan permulaan pengembangan berterusan KGM kepada pilihan baharu yang mesra alam pada masa hadapan.”

Di bandar, KGM Torres Hybrid bergerak dalam mod EV sehingga 95% daripada masa untuk prestasi lancar dan senyap. Di lebuh raya, sistem ini menggabungkan kuasa enjin dan motor untuk pecutan dan kecekapan yang yakin, dengan pemanduan semua elektrik sehingga 62 mph, disokong oleh sistem brek regeneratif tiga peringkat dengan kawalan penyesuaian trafik pintar.
KGM Torres Hybrid ini menampilkan rekaan sebuah SUV yang rugged dan sedikit berkotak dan maskulin, yang mana ianya menjadi kelaziman untuk model keluaran SsangYong sebelum ini. Menambahkan rupa sasa SUV berasal dari Korea ini adalah penggunaan roda aloi bersaiz 20 inci dengan rekaan potongan berlian.

Rekaan belakang juga kelihatan cukup dengan rugged dengan terdapat rekaan ala penutup roda gantian, persis SUV zaman dahulu kala.
Ruangan kabin menampilkan paparan skrin yang lebar, meliputi 12.3 inci untuk digital kluster dan juga 12.3 inci sistem infohiburan yang lengkap dengan ketersambungan Apple Car Play dan Android Auto. Malah, pilihan sehingga 32 warna untuk lampu ambien juga boleh dipilih pengguna mengikut mood.
Ciri keselamatan memang menjadi keutamaan dengan penggunaan 78% keluli tegangan tinggi – yang tertinggi dalam kelasnya – dan lapan beg udara sebagai standard.

Di UK, KGM Torres Hybrid ini akan dijual pada aras harga £35,995 (RM 202986) dengan pelbagai tawaran pilihan warna diantara Space Black , Dandy Blue, Iron Silver , Grand White , dan Forest Green.
BACA :KGM ACTYON BAHARU MENDARAT DI UK – KEBANGKITAN SEMULA SUV COUPE PERTAMA DI DUNIA
BACA : KG MOBILITY CABAR FORD RANGER DENGAN PIKAP BAHARU Q300, LANCAR TAHUN INI

