,
Buletin

TOYOTA MASIH LAGI JENAMA PALING DIPERCAYAI – KAJIAN

Toyota mendapat kedudukan paling tinggi dalam keseluruhan kepuasan pelanggan dengan 835 mata. Mitsubishi (831) di tempat kedua dan Nissan (810) di tempat ketiga.

Kini pada tahun ke-17, kaji selidik yang dijalankan oleh J.D Power ini meneliti enam faktor yang mempengaruhi keseluruhan kepuasan pelanggan dalam pengalaman pembelian kenderaan baru dalam segmen pasaran massa.

Faktor-faktor tersebut mengikut urutan keutamaan adalah: khidmat nasihat pengedar (26%); kemudahan di tempat jualan (21%); proses penghantaran (20%); kelengkapan kertas kerja (17%); kelancaran rundingan (13%); dan laman sesawang pengedar (4%).

Kaji selidik ini berdasarkan maklum balas daripada 2,045 pemilik kenderaan baharu, yang membeli kenderaan mereka di antara Julai 2018 dan Julai 2019, dilaksanakan dari Januari hingga September 2019.

Kaji selidik ini juga merangkumi Net Promoter Score® (NPS)[1] yang mengukur kecenderungan pelanggan untuk mengesyorkan jenama kenderaan kepada kenalan mereka pada skala 0-10.

Tags
Google ads
Back to top button