Buletin

ANAK SULUNG MERUPAKAN PEMANDU YANG TERUK – KAJIAN

Ini mungkin penemuan yang mengejutkan dan luar biasa. Dalam satu kajian yang dibuat di UK, anak sulung didapati mempunyai kemahiran memandu yang paling teruk di kalangan adik beradik mereka.

Menurut kajian tersebut, anak sulung dalam keluarga paling kerap memandu melebihi had laju, kena saman atas pelbagai kesalahan lalulintas dan paling ramai terlibat dengan kemalangan.

Dan anak bongsu nampaknya merupakan pemandu paling berhemah.

Kajian ini telah dibuat oleh Privilege Car Insurance yang melibatkan 1,395 responden.

Mereka dapati 89 peratus sering memandu melebihi hadlaju, 47 peratus suka mengganggu pemandu lain dengan memotong rapat, 46 peratus suka mengekor rapat (road hogging) dan 35 peratus pula pernah disaman.

17 peratus anak sulung perempuan juga mengaku bersolek ketika memandu dan 30 peratus mengaku menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Kesemua ini merupakan angka yang lebih tinggi berbanding anak kedua dan anak bongsu. Hasilnya? risiko kemalangan yang lebih tinggi.

Bagi keluarga yang mempunyai ramai adik beradik, anak bongsu merupakan pemandu yang paling bagus.

Para pengkaji juga mendapati, alasan yang diberikan oleh setiap pemandu yang ditanya ini berbeza-beza. Contohnya, anak bongsu dan tengah sering menyalahkan pemandu lain manakala anak sulung memberitahu mereka hanya jadi gila memandu bila ada sebab yang kukuh, misalnya terlewat.

KREDIT: INDEPENDENT UK

Google ads
Back to top button