
VIDEO: PEMANDU NISSAN GT-R SERAH DIRI SEBELUM KENA HENTAM DARI BELAKANG – LANGKAH BIJAK BRO
Polis Georgia telah menahan seorang pemandu Nissan GT-R yang didapati memecut melebihi had laju yang dibenarkan. Berapa laju? Tak ada la laju sangat, sekitar 242 km/j je. Okeylah kot, Nissan GT-R tu.
Insiden tersebut berlaku pada 24 September lepas sekitar jam 10.30 malam. Awal lagi tu takkan bini dah panggil balik. Seorang pegawai sheriff menyaksikan dua buah kereta dipandu laju melepasi beliau di atas lebuh raya selain mencilok-cilok ke kiri dan kanan aliran trafik. Kedua buah kereta didapati memandu melebihi 160 km/j dan pegawai terbabit segera memulakan kejaran.
Rakaman kamera dari kereta peronda memang cukup jelas dan menarik. Rasa macam dalam game Need For Speed Hot Pursuit pun ada. Terer juga pegawai sheriff ni memandu, cool je. Sebuah kereta kekal memecut di atas Buford Highway dan Nissan GT-R tersebut keluar dari lebuh raya dan bergerak ke arah pusat bandar. Kejar-mengejar masih lagi dengan kelajuan melebihi 160 km/j.
Tapi yang menariknya walaupun memandu sebuah kereta yang terkenal dengan kelajuan di seluruh dunia, pemandunya masih gagal untuk mengelakkan kejaran polis.
Pihak berkuasa kemudian diberi kebenaran untuk membuat PIT Maneuver (langgar sisi bucu belakang kenderaan saspek sampai berpusing) tapi belum apa-apa si pemandu GT-R dah pun menyerah diri. Siap angkat tangan terus boh. Tau takut. Entah-entah kereta sewa tu, takut rosak.
Agaknya dia dah rasa sia-sia kot sebab dah pecut 225 km/j pun masih tak dapat lari lagi. Suspek yang berusia 27 tahun itu telah ditahan dan dikenakan pertuduhan memandu secara cuai dan cubaan melarikan diri dari pihak berkuasa. Menariknya pada malam sebelum ditahan beliau telah dikesan memandu dari arah yang bertentangan dengan kelajuan mencecah 286 km/j. Okeylah tu boleh lepas makan free dalam lokap lepas ni.
Di sini kami ingin menegaskan yang insiden ini bukan bermaksud Nissan GT-R ni tak laju cuma pemandunya saja yang hampeh. Eh, korang jangan pulak cuba tiru aksi macam ni atas jalan raya okey. Sila patuhi undang-undang jalan raya untuk keselamatan bersama.
Kredit carscoops.com





