
AKSI ALA GTA AKIBAT TERLEKA LIHAT KEMALANGAN JALAN RAYA – FOKUS SAUDARA FOKUS MASA MEMANDU
Kejadian yang berlaku di Georgia membuktikan yang kehilangan tumpuan walaupun kurang sesaat boleh membawa kecelakaan. Hasilnya berlakulah kemalangan seperti aksi yang dilakukan dalam permainan video, meluncur ke udara dengan menggunakan treler flatbed.

Di negara kita pun sekarang memang dah jadi trend, jumpa eksiden terus cepat-cepat keluarkan telefon nak rekod video. Lepas tu berlaku pula kemalangan kedua melibatkan penonton yang busybody tadi.
Insiden ini berjaya dirakam oleh seorang petugas di tempat kejadian dan dikongsikan di Reddit. Ia dikatakan rakaman daripada kamera badan seorang anggota polis. Patut la tak terang mana videonya.
Kejadian berlaku di satu lokasi kemalangan di mana pihak polis, bomba dan ambulan sedang bergegas untuk menyelamatkan mangsa kemalangan yang berlaku seblum itu. Sebuah trak tunda flatbed pula tiba dan berhenti di tepi jalan bertentangan bersedia untuk menurunkan flatbed sebelum tiba-tiba sebuah kereta sedan meluncur laju dan melanggar bahagian belakang trak tunda tersebut.
Hasilnya berlakukan aksi meluncur ke udara seperti filem Duke of Hazzard dan kemudian jatuh tergolek ke bahagian sisi badan kereta. Naisb baik tak terkena kereta lain yang berada bersebelahan. Aksi terbang dah okey, tapi gaya jatuh tu memang fail.
Namun syukurlah pemandu kereta tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan. Adalah sikit calar balar tapi tak ada yang serius. Ini sebenarnya peringatan juga untuk kita semua supaya sentiasa peka ketika memandu. Ada kemalangan perlahankan kelajuan tapi pandulah seperti biasa. Hentikanlah tabiat pegang telefon semasa memandu walaupun sekadar untuk membaca mesej Whatssap.
Kadang-kadang mesej yang diterima bukannya penting sangat, setakat mesej dalam kumpulan yang berkongsi gambar-gambar ataupun stiker yang konon kelakar. Kalau ada kecemasan takkan guna mesej kan? Baik call je terus.