Artikel Pilihan

IIHS RANCANG UNTUK NAIKKAN HALAJU KETIKA UJIAN KEMALANGAN DIBUAT

Ini berita buruk untuk pengeluar kenderaan terutamanya di Amerika kerana Insurance Institute Highway Safety merancang untuk mengetatkan lagi prosedur ujian kemalangan. Pengumuman ini dibuat oleh IIHS pada minggu lepas sebagai salah satu usaha mengurangkan kemalangan maut secara berdepan dan juga rempuhan belakang

Kali terakhir IIHS melakukan revisi pada halaju ujian ialah pada tahun 2013 dan kebanyakan syarikat kereta berupaya mengatasi standard ujian kemalangan dan halaju yang telah ditetapkan. Antara ujian yang diberi perhatian oleh IIHS ialah perlindungan penumpang apabila kereta melanggar kereta lain yang berhenti di tepi jalan

Ujian ini dibuat dengan 2 kelajuan samaada pada 20 km/jam dan format kedua pada 40km/jam. Hasil perlanggaran akan diberikan penarafan samaada Basic, Advanced atau Superior sebelum diberikan anugerah Top Safety Pick +

Bagi model kereta baru yang dijual pada tahun 2022 di Amerika, 85% kenderaan diuji melepasi ujian ini dengan cemerlang disebabkan teknologi brek kecemasan automatik. IIHS melaporkan sebanyak 12 syarikat automotif utama secara sukarela mematuhi pemasangan AEB termasuklah pada trak pikap s

Joe Young, Pengarah Media IIHS dilaporkan berkata sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan taraf keselamatan jalan raya ialah dengan meningkatkan halaju ujian kemalangan dan juga beberapa protokol baru keselamatan akan diperkenalkan

Malah mereka mendapati hanya 3% sahaja kemalangan rempuhan belakang dilaporkan pada pihak berkuasa disebabkan kejadian berlaku pada halaju rendah dan tidak serius. Dengan meningkatkan halaju pada julat antara 56-71km/jam akan menyebabkan ujian kemalangan menjadi lebih realistik.

IIHS dijangka akan mengumumkan halaju minima ketika ujian kemalangan dilakukan dalam sedikit masa lagi. Ujian ini akan menjadikan anugerah Top Safety Pick + semakin sukar untuk lulus.

Google ads
Back to top button