Motosikal

EMOS PERLUAS RANGKAIAN WAKIL PUSAT SERVIS KAWASAKI

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah menambah wakil pusat servisnya di bahagian Sabah, wilayah Tengah dan Utara negara.

Ia menjadikan bilangan wakil pusat servis Kawasaki kepada 20.

EMOS melalui wakil pusat servis, akan terus mengedar dan menyediakan perkhidmatan selepas jualan, alat ganti dan aksesori untuk model Kawasaki di Malaysia sehingga diberitahu kelak.

Justeru, semua alat ganti dan pertanyaan perkhidmatan berkaitan teknikal termasuk perkara berkaitan panggil balik boleh dirujuk semula di wakil pusat servis Kawasaki yang sah.

Sementara itu, syarikat akan memperkenalkan model terbaharu daripada barisan Kawasaki dan pelancaran bilik pameran eksklusif Kawasaki secara berperingkat.

“Kami berbesar hati dengan adanya KMSB Solutions sebagai salah satu daripada wakil pusat servis sah bagi wilayah Tengah, bekas pengedar motosikal Kawasaki ini lebih berpengetahuan dan berpengalaman mengendalikan model-model jenama ini.

“Ia sekali gus dapat memastikan kesinambungan berterusan dalam memenuhi keperluan dan jenama Kawasaki di seluruh negara.” kata Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS Kashiwagi Yusaku, berkata pelantikan tujuh wakil pusat servis sah baharu menunjukkan penerimaan rakan kongsi perniagaan untuk meneruskan perkhidmatan dan pemasaran jenama Kawasaki di Malaysia.

Beliau memberitahu untuk menamatkan fasa pertama rancangan syarikat dan komitmen terhadap pangkalan pelanggan sedia ada dan berkembang di Malaysia, EMOS bersedia mewujudkan rangkaian wakil pusat servis sah Kawasaki lebih luas di seluruh negara dengan 20 lagi tambahan baharu menjelang tahun depan.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan KAWASAKI di seluruh negara, senarai pengedar yang sah akan sentiasa dikemas kini di laman web rasmi, https://www.kawasaki.com.my/home .

Untuk pertanyaan, pemilik motosikal KAWASAKI boleh menghubungi Talian Bebas Tol KAWASAKI di 1-800-880-008 atau WhatsApp KAWASAKI Careline di +6019-570 8135.

Google ads
Back to top button